Bekas isteri AC Mizal jelaskan punca anak sebak di majlis nikah -“Benda lepas jangan diungkit”
Video dan gambar anak kedua Shafnie Zainuddin yang melangsungkan pernikahan baru-baru ini telah menjadi sorotan ramai apabila pengantin lelaki dilihat sebak sewaktumajlis berjalan.
Netizen buat spekulasi punca anak menangis
Pelbagai spekulasi menjadi bualan netizen memandangkan bekas suami kepada Shafnie iaitu pengacara dan usahawan terkenal, Datuk AC Mizal dilihat tiada di majlis berkenaan.
@shafniezainuddin Alhamdullilah 🤲🏻❤️ #shafniezainuddin #shabiliman #alhamdullilah #marriedlife #suamiistribahagia #fyp #foryoupage
♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – nostalgia lagu lama&baru
Shafnie Zainuddin jelaskan anak menangis sebab bahagia
Difahamkan, anak kedua AC Mizal dengan dengan bekas isterinya, Muhammad Shabil Iman selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya pada 11 November 2023 di kediaman pengantin perempuan di Ipoh Perak.
Menjawab segala persoalan dan komen-komen kurang sedap didengar, Shafnie Zainuddin menerusi laporan dari Mstar mengatakan bahawa dia sendiri terkejut apabila video anaknya menangis tular di media sosial.
“Biasalah suasana majlis pernikahan, emosi seorang ibu dan anak memang akan sebak dan sayu. Sebab nak melangkah ke alam kehidupan barukan?
“Tapi ia lebih kepada tangisan bahagia… anak pula sebak kerana dia paling rapat dengan akak (Shafnie),” katanya.
@shafniezainuddin 11/112023 🤲🏻🤍 #shafniezainuddin #shabiliman #alhamdullilah #marriedlife #suamiistribahagia #fyp #foryoupage
Shafnie Zainuddin terkejut video viral
Jawapan yang diberikan Shafnie Zainuddin sekali gus menolak dakwaan sesetengah netizen yang mendakwa Shabil Iman, 24 menangis kerana majlis istimewanya tidak dihadiri bapa kandung.
Bekas model dan juga pengacara TV berusia 47 tahun itu akui terkejut apabila menjadi bualan di media sosial memandangkan sudah lama meninggalkan dunia hiburan.
Ujarnya, dia sama sekali tidak sunyi walaupun dua orang anaknya sudah berumah tangga kerana masih ada seorang lagi anak hasil perkahwinannya selepas berpisah dengan AC Mizal.
“Saya sebenarnya hairan juga apabila tiba-tiba ramai yang nak tahu fasal kehidupan kami. Saya bukan selebriti dan hanya orang biasa sahaja.
“Saya agak terkejut ramai yang buat akaun (media sosial) palsu tapi, biasalah netizen. Ramai juga yang doakan baik-baik untuk kami.
Harap benda yang lepas tidak diungkit, semua ada kehidupan masing2
Tambahnya, dia berharap agar kisah lama mereka tidak lagi diungkit memandangkan masing-masing sudahpun mempunyai kehidupan sendiri termasuklah anak-anak.
“Harap benda lepas jangan diungkit sebab masing-masing ada kehidupan sendiri, begitu juga anak-anak,” kongsinya.
Dalam pada itu, Shafnie juga memberitahu yang anak pertama dan keduanya kini merupakan seorang guru. Manakala, dia yang menghidap leukemia memmaklumkan masih lagi menerima rawatan dan bersyukur penyakitnya kian berunsur pulih.
Artikel lain: Mahu semua balik on time, AC Mizal ‘halau’ pekerja – “Tutup wifi, aircond semua”
Untuk rekod, Shafnie dan Datuk AC Mizal Zaini, 51, pernah berkahwin pada 24 Jun 1995 dan bercerai pada 17 Oktober 2001 selepas memiliki dua orang anak.
Dia juga telah mendirikan rumah tangga lagi pada 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Manakala, AC pula telah berkawhwin dengan Datin Emylia Rosnaida Abdul Hamid dan dikurniakan dua orang cahaya mata Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin), TikTok shafniezainuddin
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source