Jawan, Money Heist India – The Patriots
Español sudah, Korea pun sudah. Sekarang, India pula nak buat Money Heist versi diorang. Apa yang menarik, ia menampilkan bintang filem kegemaraan ramai Shah Rukh Khan!
Hari ini, kata nak kupas mesej Jawan.
“Kenapa kita selalu mempersoalkan harga barang yang murah dan berkualiti rendah walaupun kita sudah tahu kesannya? Kenapa mempersoalkan ubat nyamuk yang hanya boleh bertahan 5 jam, adakah boleh membunuh nyamuk? Tetapi kita sanggup dibohongi selama 5 tahun oleh kerajaan. Semuanya kerana salah kita tidak berfikir panjang semasa mengundi, walaupun kita sendiri tahu akibatnya!”
Dialog dalam Jawan memang padu.
Ia mengkritik topik yang paling kritikal di India: Korupsi.
Jawan mengisahkan perjuangan Vikram yang bersama pasukannya dalam melawan korupsi pegawai kerajaan India. Entah kebetulan, dia bertemu seorang awek bernama Sanya yang juga membenci penyelewengan yang sudah berleluasa dalam sektor awam.
Kalau korang harapkan thrill yang sama macam Money Heist, mungkin korang takkan kecewa. Satu demi satu plottwist disajikan. Standard macam cerita Bollywood yang lain, korang boleh melihat Shah Rukh Khan dengan irama rancak.
Seteruk apa korupsi India?
Apa yang Jawan ceritakan mungkin terlalu fiksyen, tetapi ia tidak mustahil untuk sebuah negara yang menjalar dengan rasuah seperti barah. Vikram menjadi bahu untuk gegadis bersandar setelah mereka menjadi mangsa korupsi dan penindasan. Petani yang miskin, bukannya dapat BR1M, tapi lagi dipijak-pijak. Doktor yang komitmen membantu hospital, bukannya dibagi subsidi, tetapi dijadikan kambing hitam. Siapa yang tak mengamuk!
Realitinya, India memang bergelumang dengan korupsi.
Pada 2022, Corruption Perceptions Indeks mencatatkan India di tangga ke-85 paling korup daripada 180 negara. Pada 2005, sebanyak 62% rakyat India yang mereka terpaksa merasuah pegawai kerana terdesak untuk menguruskan dokumen kerajaan. Keadaan tidak bertambah baik kerana tiga tahun setelah itu, 50% rakyat India mengaku yang mereka terpaksa membayar duit kopi kepada pegawai kalau nak dokumen diproses.
Kalau nak buat urusan dengan pejabat tanah, kena bayar bawah meja dulu barulah kerja jalan. Kalau tidak, tanah kita sampai ke sudah jadi masalah. Jawan memang sebuah karya fiksyen. Namun, ia berpijak pada realiti kebobrokan negara yang sudah parah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source