Israel Ada Makanan Tradisional Ke?
Israel, negara haram ni naik oleh sebab rampasan tanah orang Palestin. Agak-agak korang, diorang ada makanan tradisional tak?
Jawapan pendek:
Takde langsung.
Perangai rembat-merembat diorang ni tetap ada walaupun dalam aspek makanan tradisional. Kebanyakannya ialah makanan Arab yang berasal dari Syam. Sebagai contoh, Hummus. Bukan pejuang HA MIM SIN tu.
Hummus ni ialah ialah makanan yang berasal dari Mesir dan Levant diperbuat daripada kacang kuda atau kacang lain yang dimasak dan dilecek.
Bukan setakat tu, Shawarma pun sama. Shawarma ni dijual di tepi-tepi jalan di Israel. Korang mesti tau Shawarma ni apa kan? Kalau yang tak tau, Shawarma ni ialah kebab gulung yang berasal dari wilayah Syam.
Kemudian, Falafel. Falafel ni ialah bebola kacang kuda yang digoreng. Falafel ni pulak asalnya dari Mesir. Bukan Israel.
Sampaikan Falafel ni diorang buat jadi makanan kebangsaan Israel walaupun benda ni tak diiktiraf oleh kerajaan diorang secara universal.
Shakshuka. Katanya Shakshuka ni ialah sarapan ruji orang Israel. Tapi sebenarnya, Shakshuka ni ialah makanan yang berasal dari Maghribi di zaman pemerintahan Uthmaniyah pada abad ke-16 apabila Hernan Cortes perkenalkan tomato di sana.
Pendatang Yahudi Afrika Utara bawa hidangan ni ke Israel pada tahun 1950-an dan 1960-an, tapi ia hanya jadi popular apabila tiba tahun 1990-an.
Knafeh ni mesti korang pernah dengar. Ala Kunafa yang orang Malaysia selalu cari tu. Ini lah dia
Knafeh ni pun turut dijual di pasar-pasar di Tel Aviv sebagai pencuci mulut. Salah satu resepi Knafeh yang paling popular sebenarnya berasal dari Nablus, Palestin!
Ia merupakan pencuci mulut Palestin yang paling representatif dan ikonik. Knafeh Nabulsiyeh gunakan keju air garam putih yang dipanggil Nabulsi.
Dan yang terakhir, Bureka. Bureka ni berasal dari Anatolia ketika zaman Turki Uthmaniyah. Bureka ni macam pai dengan macam-macam inti seperti kentang, cendawan dan keju.
Kami sedang promosi jualan 11.11 dengan diskaun istimewa dari tarikh 10hb sampai 12hb November!
Tertanya-tanya pasal mana asal usul Yahudi? Jawapannya dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source