Rentap: Agi Idup Agi Ngelaban
Kalau sebut nama Libau Anak Ningkan, mungkin ramai tak familiar. Tapi kalau sebut Rentap, semua kenal yang beliaulah pejuang yang menentang kolonialisme di Sarawak.
Macam mana Libau ni dapat gelaran Rentap?
Suatu waktu dahulu ketika tradisi perang perluasan wilayah masih lagi dipraktikkan, dah jadi kebiasaan mana-mana pahlawan Iban yang berjaya penggal kepala musuh akan diberikan nama jolokan akan digelar “Bujang Berani”.
Untuk Libau anak Ningkan semuanya bermula apabila beliau ketuai Iban Skrang dibawah pimpinan Orang Kaya Pemancha Dana Bayang serang satu perkampungan Melayu dan Kaum Cina di Pekan Pontianak.
Pada masa itulah Libau berjaya penggal beberapa kepala musuh mereka.
Oleh sebab kejayaan dan keberanian Libau ni dalam perang kayau inilah beliau diangkat jadi “Bujang Berani” dengan gelaran Rentap yang bermaksud “membuat dunia bergegar”.
Rentap dilabelkan oleh pemerintahan Brooke sebagai “lanun”.
Brooke cuba gunakan segala pengaruhnya untuk dapat sokongan armada laut Kerajaan Mahkota British dengan memerangi “lanun” tersebut.
Rentap tahu rancangan buruk Brooke yang nak ambik tanah orang Iban di Skrang dan Saribas. Brooke pun kenakan cukai-cukai yang tinggi ke atas penduduk tempatan.
19 Ogos 1844, perang Rentap-Brooke. Dalam perang ni, Rentap berjaya kalahkan armada tentera Sarawak Kingdom dibawah Brooke dengan berjaya korbankan 29 orang dan 56 orang yang lain tercedera di pihak Brooke.
24 Julai 1849, Brooke bawa armada tentera laut yang lebih besar dengan menyerang Skrang dan Saribas.
31 Julai 1849, pertempuran paling besar dicatatkan di dalam kalendar perang Sarawak yang dikenali sebagai Perang Beting Marao.
Hampir 500 orang pengikut Rentap terbunuh, tapi tiada seorang pun pemimpin di bawah Rentap yang terkorban malah berjaya selamatkan diri menyusun strategi perang yang lebih kuat untuk memerangi Brooke.
Rentap dan pengikutnya berundur sehingga ke Bukit Sadok dan bina sebuah kubu di sana.
Brooke pula bina Fort James di Lingga untuk sekat bantuan yang akan Rentap dapat daripada sekutunya.
Akhirnya pada tahun 1852, Rentap putuskan untuk serang dan kalahkan Brooke di Lingga.
Brooke hantar perutusan kepada Rentap untuk duduk semeja untuk satu berunding damai. Rentap tak pernah agungkan ketuanan Brooke di Sarawak Kingdom dan beliau tolak dengan sekeras-kerasanya.
Pada tahun 1853, satu serangan hendap dilakukan Rentap di Nanga Skrang. Rentap berjaya tenggelamkan sebuah kapal perang milik Brooke.
Ogos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 anggota mara selama dua hari untuk serang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjata api manakala pasukan Rentap derang balas guna meriam.
Rentap cedera lalu berundur ke Bukit Sadok. Brooke hantar 3 ekspedisi penting dalam perang dengan Rentap.
Selepas lancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir, Brooke berjaya tawan dan bakar Kota Rentap pada 28 Oktober 1861.
Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai, Kanowit dan Julau. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia akibat sakit tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.
Dia punya liat tu sampai Brooke sendiri cakap “Only Dayaks Can Kills Dayaks”. Berbanggalah orang-orang Sarawak kerana ada pejuang seperti Rentap.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kami sedang promosi jualan 11.11 dengan diskaun istimewa dari tarikh 10hb sampai 12hb November!
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source