Mat Salleh: Pahlawan Sabah – The Patriots
Mat Salleh atau nama sebenarnya ialah Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah.
Berketurunan campuran Suluk dan Bajau di mana ayahnya ialah orang Suluk berasal dari Sungai Sugut manakala ibunya berketurunan Bajau Inanam.
Perjuangan Mat Salleh menentang SBUB bermula ketika SBUB bertapak di Borneo Utara dan tubuhkan pemerintahan baru setelah penyerahan sebahagian tanah Borneo Utara kepada SBUB.
Kuasa pentadbiran syarikat ni perlahan-lahan menghakis kuasa pemimpin tempatan malah mencampuri urusan ekonomi mereka.
SBUB mula kuatkuasakan undang-undang yang menyebabkan ramai pemimpin tempatan tidak diiktiraf oleh SBUB.
Sistem cukai baru yang diperkenalkan membebankan rakyat Sabah. Salah satunya ialah cukai beras. Cukai beras harus dibayar 5% daripada harga beras. Selain itu, cukai perahu dilaksanakan untuk peroleh cukai dari para penduduk yang ada perahu.
Sistem buruh paksa tanpa upah diperkenalkan kepada warga Sabah demi menyiapkan projek pembinaan syarikat.
Sebelum Mat Salleh mulakan gerakan penentangan, beliau bawa pendekatan yang aman melalui rundingan.
17 Ogos 1895, Mat Salleh bersama para pengikutnya pergi ke Sandakan, bertemu dengan Gabenor Beaufort, C.V. Creagh untuk bincang isu cukai dan kekerasan pegawai syarikat terhadap penduduk tempatan.
Namun, ketibaan mereka tak dilayan oleh pihak syarikat.
29 Ogos 1895, SBUB tangkap Mat Salleh dengan 4 orang pengikut di Jambongan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan 2 orang warga berdarah Iban yang merupakan ejen SBUB.
Mat Salleh berkeras bahawa beliau tidak ada kena-mengena dalam kes itu.
Pasukan tentera yang dihantar oleh SBUB bakar kampung halamannya. Mat Salleh berjaya larikan diri.
Mat Salleh bakar kedai di Kampung Tatabuan. SBUB kemudian musnahkan dua buah kubu Mat Salleh di Sungai Libawan dan Sugut namun Mat Salleh berjaya melarikan diri.
Pada 23 Februari 1897, SBUB serang Ranau kerana disyaki Mat Salleh berada di situ namun sekali lagi mereka gagal.
9 Julai 1897, Mat Salleh dengan bantuan pengikut kaum Dusun dari Inanam serang pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya dan rampas senjata, peluru, perahu, dan barang dagangan.
SBUB serang balas dengan bakar rumah dan tanaman di Inanam pada 15 dan 16 Julai 1897.
Mat Salleh serang SBUB pada November 1987. Setelah bangunan pejabat daerah dimusnahkan, kumpulan Mat Salleh berundur di Ranau.
SBUB hantar pasukan terdiri 38 orang polis Sikh pergi ke Ranau menangkap Mat Salleh. Mat Salleh sekali lagi melarikan diri ke Tambunan.
SBUB dah koyak mula atur strategi melakukan perjanjian damai dengan Mat Salleh.
Kemudian kedua-dua pihak bersetuju adakan rundingan di Palatan, Ulu Menggatal pada 19 April 1898.
Hasil rundingan tersebut, Mat Salleh setuju untuk tadbir Tambunan dengan syarat hak-hak yang beliau perjuangkan harus dilaksanakan.
Sepanjang tempoh pentadbiran beliau, SBUB tak tunaikan perjanjian. Mat Salleh marah dan mulakan sekali lagi siri pemberontakan dengan bina kubu di Kampung Taboh, Tambunan.
Pertempuran bermula pada 31 Disember 1899 di Kampung Timbau. Pada 19 Januari 1900, tentera SBUB tiba di kubu Mat Salleh dan mulakan bedilan meriam dan serangan tanpa henti dengan bantuan polis dari Labuan.
Akhirnya pada 1 Februari 1900, kubu Mat Salleh ditawan sepenuhnya. Hanya beberapa pengikut Mat Salleh saja yang terselamat. SBUB anggap Mat Salleh terkorban dan berusaha mencari mayatnya.
Berita kematian Mat Salleh disiarkan dalam British North Borneo Herald pada keluaran 16 Mac 1900.
Kami sedang promosi jualan 11.11 dengan diskaun istimewa dari tarikh 10hb sampai 12hb November!
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source