Tok Gajah Guna Katak Puru Jadi Senjata Lawan British?
British, sebuah empayar kolonial yang katanya mampu takluk Tanah Melayu. Tapi, penaklukan diorang hampir kalah sebab para pejuang di Pahang hanya guna katak puru.
Macam mengarut British dah nak kalah dengan serangan katak puru je?
Kisahnya begini, British hantar tentera dalam jumlah yang besar dari segenap arah untuk menyerang Kampung Budu.
Tok Gajah dan pasukannya buat kubu untuk pertahankan Kampung Budu daripada dihentam bala tentera British.
British ingat kuantiti tentera diorang boleh buat diorang menang bila hantar banyak tentera.
Tapi rupa-rupanya diorang nak masuk ke Kampung Budu tu pun susah. Sebab asyik kena serang hendap tak sudah-sudah.
Senjata yang diorang guna tu sangat aneh. Sebab pasukan Tok Gajah cuma baling katak puru dekat tentera British. Pada mulanya diorang gelak tapi tak lama lepastu satu persatu mula tumbang dengan serangan katak puru.
Benda ni buat British makin tertekan. Kalau tak dibendung, habis semua tentera British boleh mati gitu je. Dah lah tak dapat tangkap Tok Gajah, lepas tu dah nak kalah dengan katak puru.
Akhirnya, British pun bakar satu Kampung Budu tu. Peristiwa ni diluar jangkaan dan amat mendukacitakan pasukan Tok Gajah.
Selepas selesai kebumikan jenazah penduduk kampung yang terkorban, pasukan Tok Gajah bergerak ke tempat lain.
Sekarang ni macam mana katak puru boleh jadi senjata yang sangat berbahaya?
Katak puru ni haiwan yang sangat berbisa. Dia punya bisa tu memang membunuh manusia.
Katak puru hanya akan menyerang dan mengeluarkan bisa setelah diancam. Kalau tak, katak puru ni duduk diam.
Jadi, pasukan Tok Gajah tumbuk cili burung lepastu dilumurkan dekat badan katak puru. Lama kelamaan katak puru akan terasa panas dan menyangka dia diancam.
Apa lagi, mengamuk terus katak puru ni. Masa nilah diorang baling katak puru ke tentera British. Katak puru ni pulak selagi orang tu tak mati, selagi tu dia serang.
Katak puru ni boleh dikira inovasi sebagai bom Tanah Melayu lah senang cerita. British yang kononnya maju tu pun boleh koyak kena serang dek katak puru.
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source