Jahatnya Penjajah Bermuslihat Hukum Bunuh Pada Rosli Dhoby
Siapa pernah tengok telefilem Warkah Terakhir?
Sebelum Beto Kusyairy jadi pejuang kemerdekaan dalam filem Mat Kilau, dia dah pernah pegang watak pejuang kemerdekaan Sarawak dulu.
Persoalannya, siapa sebenarnya Rosli Dhoby ni?
Allahyarham Rosli bin Dhoby dan Rukun 13 antara pelopor revolusi kemerdekaan Sarawak dibawah cengkaman Kerajaan British Borneo suatu waktu dahulu.
Usianya ketika itu baru 17 tahun dan beliau seorang guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.
Rosli Dhoby berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada British Borneo mati di tali gantung pada 2hb Mac 1950.
Beliau didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Borneo kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau “badek” di Sibu pada 3 Disember 1949.
Beliau menganggotai Gerakan Pemuda Melayu Sarawak (GPMS). Daripada GPMS inilah terbentuknya Rukun 13 yang ditubuhkan bagi menentang tindakan Rajah Ketiga Negara Sarawak iaitu Sir Charles Vyner Brooke yang berpantang arang mahu menyerahkan Sarawak kepada Pejabat Kolonial British di London selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.
Rukun 13 pilih Rosli untuk tikam Sir Duncan tatkala Gabenor yang baru dilantik itu membuat kunjungan kerja ke Sibu pada Disember 3, 1949.
Pada jam 9.30 pagi di hari itu, Rosli telah menikam perut Sir Duncan dengan pisau tradisi masyarakat Melayu Sarawak yang dipanggil Badek.
Rosli dan Morshidi Sidik akhirnya ditangkap oleh anggota polis British Borneo pada waktu kejadian manakala rakan-rakannya yang lain telah diburu oleh pihak polis besar-besaran selepas kejadian tersebut.
Sir Duncan telah dihantar ke Hospital Sibu dan seterusnya ke Singapura untuk menerima rawatan rapi. Gabenor Sir Duncan akhrinya meninggal dunia 7 hari selepas kejadian iaitu pada tanggal 10hb Disember 1949.
Umur Rosli Dhoby yang ketika tu hanya 17 tahun sebenarnya tidak boleh dikenakan hukuman mati mengikut undang-undang.
Tapi apakan daya, undang-undang mereka yang punya, beliau tidak dibicarakan sebagai pesalah juvana. Malah dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Pada 2hb Mac 1950, Rosli dan Morshidi serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Rambli Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong telah dihukum gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching.
Dek kerana fobia Inggeris atas kebangkitan semula anak Sarawak pada masa itu, keempat-empat mereka ini perkuburannya langsung tidak bertanda di Penjara Kuching sehinggalah satu proses dijalankan oleh Kerajaan Sarawak menentukan kesahihan perkuburan mereka sekitar tahun 1996.
Keempat-empat pejuang nasionalis Sarawak ini dikebumikan semula di Sibu pada 2 Mac, 1996, di Sibu, selepas upacara rasmi yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kelima Allahyarham Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohamad Noor yang juga suatu waktu dahulu antara sahabat mereka di Sibu, Sarawak.
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source