Berjaya Cipta Sejarah, Ratu Cantik Malaysia Dinobat Juara Miss Globe 2023
Walaupun masih ‘mentah’ namun pemanah wanita negara, Ariana Nur Dania Zairi ada potensi untuk menyerlah di Sukan Olimpik Paris 2024.
ARTIKEL BERKAITAN: Atlet Malaysia Tambah Bersemangat! Battleground Malaysia: Road To Gold Antara Usaha KBS Untuk Meraih Pingat Emas Olimpik
Atlet berusia 18 tahun itu mencipta sensasi apabila berjaya mengesahkan tiket secara merit ke Paris selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Kelayakan Benua Asia di Bangkok, Thailand, minggu lalu.
Malah, dia turut cemerlang apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan mengutip 649 mata ketika pusingan kelayakan bagi acara recurve wanita 36 anak panah dari jarak 70 meter.
Jurulatih negara, Wan Khalmizam Wan Abdul Aziz, berkata dia percaya kehadiran Ariana di Paris nanti bukan sekadar memenuhi kuota sebaliknya atlet itu mampu memberi persaingan yang sengit ke atas jaguh dunia yang lain.
Katanya, dengan persiapan dan pendedahan kejohanan yang lebih tersusun buat Ariana, dia optimis atlet berkenaan mampu mencetuskan impak di Paris.
“Apa yang saya boleh katakan, dia ada potensi. Namun, ia bergantung kepada persiapannya untuk menghadapi Sukan Olimpik kali ini.
“Kita tengok dia pun sudah memecahkan rekod kebangsaan, dia sudah membuktikan yang mana biarpun dia masih di peringkat yang masih pendedahan tetapi dia boleh membuktikan sesuatu.
“Di Sukan Olimpik nanti, saya percaya dia boleh memberikan persaingan sengit jika dia fokus sepenuhnya terhadap persiapannya,” kata Wan Khalmizam.
Menurut Wan Khalmizam, pencapaian dilakar Ariana sememangnya sesuatu yang mengejutkan memandangkan penyertaannya di Bangkok adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kejohanan kepada atlet berkenaan.
“Pada mulanya, memang tidak letak sebarang sasaran, MSN (Majlis Sukan Negara) pun hantar untuk tujuan pendedahan kejohanan.
“Namun, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan Ariana, memang dia berhak untuk layak ke Sukan Olimpik. Dia menunjukkan tahap prestasi yang cukup tinggi bersaing dengan pemanah dari Bangladesh, India dan Iran,” katanya.
Wan Khalmizam turut mendedahkan Ariana memiliki semangat luar biasa apatah lagi sanggup menyertai kejohanan pada musim peperiksaan.
“Dia penuntut German-Malaysian Institute (GMI) dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Pengeluaran dan Rekabentuk Produk.
“Malam tadi kami baru tiba dari Bangkok dan hari ini dia perlu menduduki peperiksaan,” katanya.
Sebagai rekod, Mon Redee Sut Txi muncul pemanah pertama negara beraksi di Sukan Olimpik apabila layak ke Athens 2004. Pada Temasya Beijing 2008, Muhammad Marbawi Sulaiman, Cheng Chu Sian dan Wan Khalmizam layak beraksi dalam acara individu dan berpasukan lelaki.
BACA LAGI: “Ini Yang Saya Pilih..” Meerqeen Abaikan Kata-Kata Nakal Kononnya Wajah ‘Terlalu Mainstream’
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source