Melayu Dah Bela Palestin Sejak Dulu Lagi
Percaya tak dengan kenyataan ni? Mesti ramai yang ragu-ragu dan tak pasti betul atau tak. Melayu dah bela Palestin sejak sebelum merdeka lagi.
Nasib rakyat Palestin yang ditindas Yahudi dibela sejak 1930 lagi! Sebelum penubuhan Israel lagi tu!
Mari kita patah balik masa ke 1930-an.
Akhbar tempatan Semangat Islam laporkan Presiden al-Jamiyyah al-Khairiyyah al-alabiyyah al-Azhariyyah al-Jawah (Persatuan Kebajikan Pelajar Jawi al-Azhar), Abu Bakar Ashaari, bersama sahabatnya Abdul Kahar Muzakkir tiba di Palestin pada tahun itu.
Suruhanjaya Buraq al-Sharif ditubuhkan di bawah Liga Bangsa untuk elak tercetusnya konflik antara agama dalam pertemuan tu.
Pada 1931 pula, Mufti Jurusalem, Hajj Amin al-Husayni anjurkan Persidangan Umum Islam di Palestin bagi menyatukan pandangan umat Islam dalam rangka mempertahankan bumi Palestin.
Abdul Kahar dilantik sebagai Setiausaha Muktamar Alam Islami walaupun beliau masih lagi seorang pelajar Melayu di Mesir untuk ambil berat saudara seagama di Palestin.
Dr Burhanuddin Al-Helmy ialah tokoh politik Tanah Melayu terawal yang membela nasib rakyat Palestin.
Pada pertengahan 1930-an, beliau melawat Palestin dan sertai demonstrasi menentang Perjanjian Balfour 1917 yang jadi punca rakyat Palestin ditindas.
Apabila beliau kembali ke Tanah Melayu pada 1936, beliau ditahan British tetapi ia tak menggugat semangat beliau untuk bela rakyat Palestin.
Pada 1939, beliau terbitkan majalah Taman Bahagia yang paparkan artikelnya mengenai perjuangan rakyat Palestin.
British haramkan penerbitan majalah tu sebab takut membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap penjajahan British di Tanah Melayu.
Selain itu, pemimpin Melayu lain seperti Sardon Jubir, A Mohd Hussein dan Abdullah Yahaya turut menjadi tunjang pembela Palestin pra-merdeka Tanah Melayu.
Pada 1947, British serahkan isu Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Resolusi 181 dikemukakan.
Resolusi ni memisahkan Palestin kepada wilayah Arab dan Yahudi yang akhirnya menjadi punca Perang Arab-Israel Pertama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Pada 20 Disember 1947, tertubuhnya Jawatankuasa Antipemisahan Palestin Singapura dan Abdullah dilantik sebagai pengerusi.
Jawatankuasa ni anjurkan perhimpunan yang dihadiri 500 orang membantah rancangan pemisahan Palestin.
Persatuan Melayu Singapura turut usulkan bantahan rasmi terhadap pendudukan Palestin oleh imigran Yahudi ketika Perhimpunan Agung UMNO 1948.
Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tidak terkecuali dalam membela nasib rakyat Palestin ketika Persidangan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) 1948 di Maahad al-Ihya’ al-Syarif, Gunung Semanggol, Perak.
Dalam bentuk penerbitan buku pula, buku Perang Suci di Palestin tulisan AH Edrus atau nama sebenarnya Syed Abdullah Hamid al-Edrus menjadi wadah perjuangan orang Melayu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Mufti Baitulmaqdis turut ucapkan tahniah atas penerbitan buku itu yang laris di Tanah Melayu serta di Indonesia.
Orang Melayu tak terkecuali menyumbang dalam bentuk kewangan bagi mengurangkan penderitaan rakyat Palestin.
Buktinya, pada awal 1949, S$14,000 dikumpulkan Singapore Muslim Palestine Relief Committe.
Sumber: Berita Harian
Oleh: Azizul Farhan
___
Apa yang berlaku pada Baitulmaqdis sepanjang sejarah? Benarkah ia pernah ditadbir Kerajaan Yahudi di masa silam?
Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
https://bit.ly/3MkDT6b
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source