Strategi Rasulullah SAW dalam Perang Uhud
Setahun selepas berlakunya Perang Badar, berlaku sebuah lagi perang yang berkesinambungan dan dikenali sebagai Perang Uhud berlangsung di Bukit Uhud pada 7 Syawal 3H bersamaan 625M. 700 orang tentera Islam dan 4 unit tentera berkuda melawan 3000 tentera Quraisy dan 200 unit tentera berkuda.
Pertempuran ini berlaku kerana Abu Sufyan (ra) ingin membalas dendam atas tentera Islam yang membunuh ramai tokoh Quraisy dalam Perang Badar. Khalid al-Walid memimpin unit berkuda Quraisy.
Abu Sufyan melancarkan taktik double envelopment dengan menguatkan bahagian sayap berbanding tengah tentera Quraisy. Abu Sufyan nak buat tentera Islam masuk bahagian tengah sementara sayap kanan dan kirinya bertahan. Dan apabila tentera bahagian tengah Quraisy berundur, tentera Islam akan terkepung dari kiri dan kanan. Tentera berkuda Quraisy akan membantai tentera berjalan kaki Islam ketika itu.
Tapi Rasulullah (SAW) lebih genius menangkis taktik double envelopment tadi. Baginda bijak menggunakan bentuk muka bumi Lembah Uhud dengan menempatkan pasukan pemanah untuk meneutralkan kelebihan Quraisy.
Baginda mengarahkan pasukan pemanah untuk kekal dan tidak berganjak walau apa yang berlaku. Tanda-tanda kekalahan sudah kelihatan dalam tentera Quraisy. Namun pasukan pemanah ingkar perintah tersebut dan turun dari puncak bukit. Khalid al-Walid nampak taktik Rasulullah tak menjadi tanpa pemanahnya. Beliau terus memimpin unit berkuda menyerang semula tentera Islam.
Kekalahan menyapa tentera Islam di penghujung. Namun dapat kita lihat Rasulullah bijak mengatur strategi menafikan taktikal perang double envelopment yang pernah digunakan Alexander the Great dalam Pertempuran Hydaspes, Salahuddin al-Ayubbi dalam Pertempuran Hattin malah Tentera Jerman di Kiev semasa Perang Dunia Kedua. Tak hairan lagi, Rasulullah (SAW) sememangnya seorang jeneral perang yang terhebat dalam sejarah.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source