Ibu Ralit Layan ‘Handphone’ Ketika Menyusu, Boleh Bahayakan Bayi
“Ala comelnya kasut baby ni” dah borong banyak kasut untuk baby. Hari-hari nak pakaikan dia kasut walaupun dalam rumah sebab comel. Opss tunggu dulu mama, sebelum mama borong kasut banyak-banyak mama baca dulu perkongsian ini ya.
Tak salah kalau nak pakaikan anak kasut, tapi mama tetap perlu dedahkan kaki anak dengan pelbagai permukaan ya. Jangan sampai dia geli pula nak pijak rumput, ini tanda bahaya!
Ini masa Ashrof Haikol umur setahun lebih.
Jalan pun macam anak itik 😂
Satu pesanan keramat oleh Child Psychiatrist kepada saya masa tu–
“Bila anak dah boleh jalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak menerima ‘tekanan’ dari pelbagai permukaan, untuk ransang sistem saraf & otak dia.”
Hmm.
Lalu hati saya berbisik —
“Abih 5 pasang kasut yang aku baru beli ni nak buat apa, doktor?” 😑
“Buat dedak je la, markonahhh.”
Jawab doktor di dalam hati.
Hahahahah.
Salah satu aktiviti yang sangat disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan kaki ayam di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya, macam dalam video ni. Dapat buat 20-30minit sehari pun dah memadai.
https://web.facebook.com/watch/?v=347102729330346
Mula-mula nak expose Haikal jalan kaki ayam ni memang macam-macam jugak lah cengkadaknya.
Geli,
menangis,
meronta.
Tapi hadap je la.
Itu belum campur kena hadap cakap2 orang lagi–
Takut kaki anak luka lah.
Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah.
Takut tapak kaki anak jadi kasar lah.
Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.
Tapi redahkan aje.
Lantakkan orang nak cakap apa.
Teruskan buat benda betul (seperti yang disarankan doktor) dan berwaspada sentiasa.
Tak lama lepas Haikal dibiasakan dengan aktiviti kaki ayam ni, macam-macam perubahan positif yg saya nampak pada Haikal.
- Fine & gross motor skills dia semakin kemas.
- Focus & alertness dia semakin tajam.
- Physical strength semakin padu.
- Sense of balance & body awareness semakin baik.
- Creativity semakin out of the box.
- Sensory development dia secara keseluruhan sangat advanced berbanding kanak-kanak seusianya.
Dan masa tu, orang-orang yang sibuk cakap-cakap dulu tu datang semula kat saya dan tanya–
camane eh kau buat kat anak kau sampai jadi camni? 😂
Itulah lumrah kehidupan ye tuan puan.
At first, people will ask you WHY you do it because they think you’re crazy.
But later, they’ll ask you HOW you do it because they jeles oredi. 😂
Tapi nak buat benda betul yang tak biasa dilihat dalam masyarakat ni memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kau yakin itu betul —
DIAM DAN BUAT JE.
And let the success make the noise.
Giceww.
Ini 5 lagi perkara penting yang Child Psychiatrist pesan pada saya dulu :
1. Lepas anak 2 bulan, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.
2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi bodoh macam aku, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Dalam rumah pun pakai kasut kengkadang. Konon comel. 😌🔫
3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut yang bertapak lembut. Yang tapak tebal2 tu toksah.
4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. This is veryyyy important to stimulate their sensory, nervous, and brain system.
5. Kurangkan screen time, because it limits child’s body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to move. Ada kajian mengatakan, paksa anak (bawah empat tahun) duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu bentuk penderaan. Because they need to move A LOT, especially pada 2 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, ada lah nanti “short” kat mana2 untuk perkembangan tahun2 yang seterusnya.
Saya harap perkongsian ringkas hari ni bermanfaat k.
Kredit:Adlil Rajiah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source