Tempat Best Di Ho Chi Minh Dan Dalat, Duit Bawa Lebih Kalau Suka Shopping!
Ada yang plan nak bercuti ke Ho Chi Minh dan Dalat tak? Kalau ya, anda patut tahu lokasi menarik ke sana dulu ya, senang nak bergerak.
Ini perjalanan bercuti Puan Rohaiju Baharuddin bersama sahabatnya, Syima Haron ke Ho Chi Minh dan Dalat selama 6 hari. Jom ikuti pengalamannya beberapa hari di sana.
Tempat Best Di Ho Chi Minh Dan Dalat
Kami pergi berdua, menetap di 3 hotel berbeza. Kami ke Dalat menaiki sleeper bus pada waktu malam, jadi ambil keputusan check in hotel full day.
Pergerakan di Dalat semuanya menaiki grab. Tempat-tempat menarik di Dalat agak jauh juga. Kena rancang sebaiknya. Kami pun terpaksa adjust itinerary semua tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Makanan halal di HCM mudah jika duduk di Malaysian Street tapi di Dalat agak sukar. Dinasihatkan bawa makanan siap-siap. Roti, maggi, biskut, atau bubur nasi. Masa ni, semua ini makanan terpaling sedap di dunia.
Owh ye, HCM ni banyak motosikal. Sampai naik atas divider pejalan kaki motor mereka. Kena hati-hati sikit, tapi bukan sikit lah kena banyak berhati-hati.
Melintas jalan pun kena ada skill kamikaze, lintas je la dengan jiwa yang terpaling kental. Pemanduan mereka laju tapi mereka hebat brek. Nak tunggu jalan clear, memang sampai sudah kita tak melintas.
Masa kami di sini, cuaca terlalu panas. Kena pakai topi dan sapu sunscreen banyak. Apa pun kami sangat enjoy trip ini. Saya kongsikan itinerary kami.
Hari pertama
1. KL ke HCM.
2. Check in Sense Legend Hotel & Spa ( jauh dari Malaysian Street) jadi tidak disyorkan.
3. Makan di Hajah Bashiroh.
4. Jalan-jalan Malaysian Street.
Hari Ke 2
1. Mekong River Day Trip (9am -7pm).
-Beli pakej ni di Amin Travel, kedainya ada di Malaysian Street tu.
2. Malam naik sleeper bus ke Dalat pukul 1030 am.
Hari Ke 3
1. Sampai Dalat pukul 5 pagi.
2. Check in TTR Moonstone Apart Hotel.
3. Datanla Alpine Coaster (naik coaster, tengok Datanla Waterfall)
4. Fairytale Land & Vinh Tien Wine Cellar ( feeling jadi Cinderella)
5. Fresh Garden (bunga cantik)
Hari Ke 4
1. Clay Tunnel
2. Robin Hills Cable Car
3. Crazy House
4. Lam Vien Square ( depan tasik)
5. Makan di Restoran Fatimah ( sedap Pho Bo dia )
6. Naik bas ke HCM pukul 1030 malam.
Hari Ke 5
1. Sampai HCM pukul 5 pagi ( laju betul pemanduan beliau ye)
2. Check in Queen Central Hotel ( Malaysian Street)
3. Book Street
4. Notre Dame ( under construction)
5. Post Office
6. City Hall
7. Ho Chi Minh Statue
8. The Cafe Apartment
9. Bach Dang Wharf( naik waterbus) sambil tengok view Landmark 81- kami di sini dalam 1 jam.
10. Shopping depan hotel dan Benh Thanh.
11. Makan restoran depan hotel.
Hari Ke 6
Bersiap balik ke Malaysia.
Nota:
1. Beli lah extra baggage jika anda sejenis kaki shopping. Telekung murah, tak cukup 3, kurang-kurang 10 pasang.
2. Dalat tiada apa untuk shopping, enjoy view dan tempat menarik sahaja.
3. Pergerakan, kena naik grab. Kereta mereka cantik dan bersih.
4. Di Dalat, mereka tak pandai English, gunalah google translate. Di HCM tu ok lagi.
5. Duit kita diterima je di HCM tu. Bayar pakai RM.
6. Tiket sleeper bus dan few tempat masuk di Dalat tu beli di Klook. Tapi ada juga yang beli di kaunter. Mudah sahaja.
7. Tempat-tempat di Dalat tu memerlukan kekuatan kaki sikit, sebab luas, banyak tangga dan batu-batu macam mendaki. Dinasihati memakai kasut yang sesuai.
Semua ini sekadar perkongsian, harap anda yang plan nak ke sana boleh pilih beberapa tempat menarik ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source