Tiada gambar bersama & ‘unfollow’ IG suami, Mawar Rashid bakal bercerai?
Pelakon cantik, Mawar Rashid sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila ada dakwaan mengatakan yang rumah tangganya kini sedang bergejolak.
Memetik laporan dari Harian Metro, ada sumber memaklumkan yang sepatutnya Mawar dan suami, Raf Yaakob ke mahkamah syariah pada hari ini.
Ada dakwaan sepatutnya ke mahkamah syariah hari ini
Walau bagaimanapun, hal tersebut tidak terjadi dan belum ada sebarang maklumat berkenaan mereka setakat ini.
“Sepatutnya mereka ke mahkamah hari ini, tapi tak pasti pula kenapa tak jadi. Mungkin berbaik semula. Kita doakan saja yang baik-baik buat mereka,” katanya.
Mawar Rashid unfollow suami, gambar bersama sudah tiada
Mengukuhkan lagi dakwaan tersebut adalah tindakan Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29 telah memadam semua gambar bersama suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38 di ruangan Instagram.
Perkongsian mereka sewaktu mempromosikan beberapa produk masih lagi ada, namun di Instagram Raf juga hanya ada satu sahaja gambar bersama isterinya.
Mawar tak respon, abang ipar minta doa yang baik2
Dalam pada itu, menerusi laporan dari Mstar, Mawar ketika dihubungi hanya mendiamkan diri sewaktu diajukan soalan tentang gosip yang sedang bertebaran tersebut sebelum mematikan panggilan.
Iparnya, Datuk Fazley Yaakob pula mengatakan yang dirinya tidak dapat memberikan sebarang komen dan meminta semua pihak memberikan ruang untuk Mawar dan Raf dalam menanggapi isu tersebut.
Dia juga berharap supaya para peminat dapat mendoakan yang baik-baik sahaja buat pasangan selebriti itu.
“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.
“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk Raf dan Mawar. Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” jawabnya ringkas.
Artikel lain: Sewa banglo & cef wagyu, Mawar Rashid terharu suami buat kejutan ‘birthday’!
Kontroversi melibatkan Mawar tercetus sejak dia mengambil keputusan untuk menanggalkan tudung tempoh hari. Instagram pelakon itu juga tidak lagi mengikuti sesiapa termasuklah suaminya.
Untuk info, Mawar dan Raf telah mendirikan rumah tangga pada November 2017. Hasil perkahwinan, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Sumber: Harian Metro, Mstar (Nazrin Zulkafli),
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source