Viral isu Makcik Kemboja, peniaga ambil peluang minta hutang tertunggak
Isu Makcik Kemboja yang dikatakan menyelar kaum Melayu dengan definisi malas telah menjadi perdebatan walaupun dia sudahpun membuat permohonan maaf.
Dia juga dikatakan telah hadir memberi keterangan di balai polis di Melaka susulan terdapat laporan melibatkan namanya berhubungkait dengan isu terbabit.
Ada yang tampil minta hutang
Terbaru, satu akaun TikTok pembekal kain lace dikenali sebagai lacegallery telah memuat naik video meminta agar Makcik Kemboja dan anaknya untuk menyelesaikan hutang yang telah tertunggak.
“Kami pun nak cabar anak Makcik tu mai Penang datang dekat kedai kami dekat lace Gallery. Boleh tak?
“Tapi bukan mai sajalah, mai bawa sejumlah wang yang hutang tu,”
“Ajak mak awak sekali kita settle elok-elok. Bukan Makcik je, siapa-siapa yang berhutang tu jangan lupa bayar.
Hutang pandai, bayar tak mau” ujar staf kedai tersebut.
Pembekal lace minta hutang ke Makcik Kemboja
Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet dan rata-rata tertarik dengan cara lelaki berkenaan menuntut hutang kerana begitu sopan dan penuh senyuman.
Mereka juga akui terkejut kerana usahawan tersebut berhutang kerana melihat daripada peniagaannya yang dikatakan maju.
Macam panjang lagi je isu Makcik Kemboja
Lah ada hutang juga ke?
Artikel lain: Buat kecoh cakap Melayu malas? Usahawan Kemboja minta maaf, nafi diri ‘koyak’
Sumber: TikTok lacegallery
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source