Menteri KPT gesa HPU beri rawatan terbaik buat masyarakat, lahirkan lebih ramai pakar perubatan
Baru-baru ini, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menyambut ulang tahun ke-40 yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohamed Khaled Nordin di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kota Bharu.
Majlis Sambutan 40 Tahun Hospital USM
Ia selaras dengan objektif penubuhannya; berkongsi informasi terkini mengenai pencapaian, skop dan fungsi utama Hospital USM, melestarikan pencapaian unggul dalam perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat; dan mempromosikan perkhidmatan kesihatan ke arah masyarakat sihat selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
Bukan hanya tempat menyebarkan ilmu, Hospital USM kini melangkah ke hadapan lagi apabila menjadi salah satu institusi yang terkenal dengan kecemerlangan perubatan, inovasi, teknologi dan kepakaran pasukan perubatan yang berdedikasi.
Salah satu Hospital Pengajar Universiti (HPU)
Mungkin ramai tidak tahu, Hospital USM merupakan salah satu Hospital Pengajar Universiti (HPU) dan berada di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
HPU merupakan hospital separa kerajaan kerana mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.
Antara HPU yang ada di Malaysia adalah Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Tekonologi Mara (HUiTM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Lahirkan lebih 2,000 pakar perubatan
Untuk makluman, Hospital USM telah melahirkan lebih 2,000 pakar perubatan rentas bidang dengan melalui pelbagai evolusi dalam melaksanakan fungsinya sebagai HPU dan menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat sejak 1983 sehingga kini.
Antara perkhidmatan baharu yang ditawarkan adalah Perkhidmatan Laser Refraktif, Perkhidmatan Laser Estetik/Kosmetik dan Rawatan Luka Kebakaran, Perkhidmatan Rehabilitasi Robotik.
Jadi sebagai sebuah HPU, sudah menjadi tanggungjawab Hospital USM bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, penyelidikan yang lebih inovatif dan menjalankan pendekatan holistik terhadap kesihatan masyarakat.
Hospital USM juga akan terus berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan, mengintegrasi teknologi terkini dan mengekalkan komitmen terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source