Impian Untuk Sepentas Bersama Tercapai, Pasangan Kembar Ini Genggam Ijazah Kelas Pertama UUM!
Pengaruh Sanskrit amat dominan dalam bahasa Melayu kerana agama Hindu ialah peradaban awal yang tiba di Kepulauan Melayu. Kedatangan agama Hindu turut membawa banyak perkara baharu dalam hal yang berkaitan dengan agama. Bukti bahasa Melayu menerima pengaruh Sanskrit terdapat pada batu bersurat abad Ke-7.
Bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa agama Hindu dan bahasa kelas atasan mula dipinjam ketika itu kerana:
(i) Bahasa Melayu kuno pada masa itu terlalu baharu menyebabkan timbul masalah kekurangan perkataan yang sesuai dan tepat untuk menyatakan makna bagi sesuatu ilmu atau budaya yang belum dikuasai oleh masyarakat Melayu,
(ii) Tanggapan bahawa bahasa Sanskrit berwibawa dan berprestij tinggi.
Pengaruh Sanskrit banyak diadaptasikan dalam penggunaan laras sastera terutamanya dalam pengujaran pada masa lalu atau melalui hikayat-hikayat lama. Sehingga kini, masih terdapat penggunaan bahasa Sanskrit yang diguna pakai terutamanya dalam karya kreatif/sastera. Antaranya:
(i) Waktu dinihari, hari, kala, kali, ketika, masa, purnama, pertama, sedia, sedia kala, senja, senja kala, sentiasa, tadi, tatkala
(2) Bintang dan awang-awangan angkasa, bima sakti, buana, cahaya, cakerawala, daksina, gelita, gema, gempa, gerhana, kertika, mega, nusantara, pancalima, pernama, rahu, udara, utara
(3) Binatang biri-biri, cenderawasih, cerpelai, cintamani, gagak, gajah, gembala, geroda, harimau, jentayu, kala, kuda, merak, mergastua, merpati, naga, rajawali, sawa, serigala, singa, unta
(4) Perasaan dan keadaan asa, asmara, bahagia, bencana, berahi, bodoh, budi, budiman, cela, celaka, cerca, cinta, durjana, derma, dermawan, dos , duka, dukacita, dusta, loba, malas, murka, nestapa, pahala, pandai, papa, sangka, segera, seloka, sengsara, setia, setiawan, suci, suka, sukacita.
Kesimpulannya, bahasa Sanskrit memperindah lagi ayat yang terdapat dalam karya kreatif.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Artikel ini ditulis oleh FARIDAH MOHAMAD SAAD.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source