Nabila Razali wanita sempurna, suami masih belum temui kelemahan
Suami kepada penyanyi popular, Nabila Razali iaitu Nik Iruwan Nik Izani menyifatkan kehadiran isterinya sepanjang lapan hari hidup berumah tangga adalah detik terindah yang paling membahagiakan dalam hidupnya.
Menurut Nik Iruwan, meskipun pengenalan mereka singkat pada tahun tahun ini, namun pada pandangannya Nabil Razali merupakan isteri yang cukup sempurna dan hebat.
“Dia sempurna di mata saya. Malah, dia juga wanita yang baik dan fantastik. Saya cuba mencari di mana kelemahannya tapi belum jumpa lagi.
“Saya akui keputusan untuk bernikah dengannya adalah satu perkara yang besar dalam hidup saya, termasuk untuk Nabila sendiri. Saya tidak berbelah bahagi untuk berkahwin dengannya,”ujarnya.
Nik Iruwan juga memuji Nabila Razali sebagai seorang wanita yang sangat teratur dan bersemangat dalam apa jua yang ingin dilakukan.
Malah, detik hidup bersama penyanyi lagu Peluang Kedua itu adalah paling membahagiakan dalam hidupnya sepanjang tinggal bersama dalam tempoh seminggu.
Suami saling melengkapi kekurangan Nabila Razali
Dalam pada itu, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata, suaminya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri sepanjang mereka berkenalan.
Disoal mengenai tempoh menjalin hubungan cinta sebelum bernikah, Nabila mengatakan ‘masa’ adalah tidak penting jika hendak dibandingkan dengan momen mereka bersama.
“Pada pandangan saya, masa itu tidak penting tapi momen yang kami luangkan bersama ketika dalam tempoh terbabit cukup bermakna. Sepanjang kami berkenalan tidaklah berlangsung dengan sempurna, sudah tentu kami ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, tapi perkara itulah yang melengkapi perhubungan kami berdua.
“Sepanjang perkenalan pun, suami saya saling melengkapi segala kekurangan yang ada pada diri saya. Selebihnya hanya Tuhan dan saya saja yang tahu. Saya harap perkahwinan ini kekal hingga ke jannah serta memohon doa daripada semua orang untuk perhubungan yang baru dibina ini,” katanya.
Difahamkan, Nabila Razali diarak dengan menaiki tandu sejauh kira-kira 100 meter dari pintu masuk ke pelamin.
Pasangan ini memilih tema Batik Jawa kerana dekat dengan budaya keluarga penyanyi berusia 31 tahun itu, memandangkan bapanya berketurunan Jawa.
Sekadar info, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 18 Oktober lalu yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang.
Artikel lain: Nabila Razali selamat bernikah, sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan
Artikel lain: Nabila Razali nafi lamaran sebagai gimik, bakal kongsi tarikh nikah di media sosial
Sebelum ini, penyanyi lagu Peluang Kedua berkenaan telah memuat naik gambar sewaktu dilamar Nir Iruwan di Instagramnya sekali gus bahawa mengesahkan dirinya sudah dilamar jejaka berkenaan.
Walau bagaimanapun, dia tidak memaklumkan tarikh sebenar dirinya bakal bernikah dan hanya memberitahu bahawa akan menguar-uarkan kepada umum menerusi Instagramnya nanti.
Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source