Booster Tenaga & Kecantikan, Ini Resepi Kiub Vitamin C Limau Kasturi!
Limau Kasturi dimakan begitu sahaja rasanya memang masam. Sebab itu buah ini biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan.
Namun kegunaan limau Kasturi tidak terhenti begitu sahaja. Buah yang dikenali dengan nama calamansi ini juga banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan.
ARTIKEL BERKAITAN : Air Daun Pandan Boleh Hilangkan Bau Badan. Ini Petua Orang Dulu-Dulu!
Lebih menarik amalan minum air limau kasturi ini mampu hilangkan kedut dan menjadikan wajah awet mudah serta singkir kolesterol jahat dalam tubuh. Mudah je nak buat air limau kasturi, jadikan amalan setiap hari dan rasai kebekesanannya.
Berikut antara perkongsian oleh Suhaili Baharudin sebagai rujukan;
Ini resepi simple tapi superpower untuk badan kita. Kalau kita baca dari wall FB DrRizal Abu Bakar, beliau selalu tegaskan tentang pemakanan dan cara hidup yang sihat akan membawa kepada kesihatan yang hebat.Kak Eli dah lama set see first beliau sebab sangat banyak yang kita boleh belajar tentang otak manusia, tidur yang cukup, pemakanan dan vitamin semulajadi.
Limau kasturi boleh jadi energy booster untuk badan kita. Dan beliau bagitahu cara mudah buat air limau kasturi. Setelah Kak Eli cuba selama seminggu, tadaa sungguh luar biasa kesannya pada tubuh.
Tak ada lagi rasa lemau, biasanya kalau tengahari mulalah rasa mengantuk dan rasa malas tapi sekarang Kak Eli dah berubah, buat kerja dengan bertenaga dan gembira. Limau kasturi penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan.Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit.
Jom tengok resepi air energy booster penghilang lesu dari Doktor Rizal (Kak Eli ubah suai sedikit resepi untuk lebih ummphh).
Bahan-Bahan:
Bahannya ialah cuma limau kasturi. Iya, cuma limau kasturi, sudahlah murah, mudah pula nak cari.
Cara Membuat:
1.Belah dan buang biji. Blend halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis. Tak mahu tapis pun tak apa.
2.Nak lagi sedap, tambah sedikit madu asli. Tak ada pun tak apa. No problem.
3.Masukkan dalam bekas kiub (mold) kemudian simpan dalam peti ais bahagian beku.
Cara Penggunaan:
Setiap kali kita nak minum, cuma ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun dah ditapis masih banyak serat didalamnya. Sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
Setiap pagi sebelum subuh Kak Eli akan ambil satu kiub dan curah air panas kedalam cawan. Biarkan. Siap solat, air tadi dah sedikit suam jadi boleh terus minum. Jangan tambah gula ya.
Aroma kasturi yang memenuhi ruang akan menghidupkan rasa nyaman. Melayan hening subuh rasa sangat bahagia dan tenang.
Boleh ulang secawan lagi waktu tengahari atau malam. Wajib cuba dan kita akan rasa perbezaan pada tubuh. Rasa sangat segar dan energetik, kurang rasa sakit badan (maklumlah penuaan – menangis)
Ayuh kita share dan buat.
Selamat Mencuba!
Sumber: Suhaili Baharudin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source