Mana Datang Simbol Bulan Bintang Dalam Islam?
Simbol yang paling sinonim dengan Islam sekarang, bulan sabit dan bintang.
Korang mungkin terkejut dengan kenyataan asal-usul bulan bintang yang diguna dalam kebanyakan bendera-bendera negara Islam termasuk negeri-negeri Melayu ni bukan berasal dari tamadun Islam sendiri.
Kalau kita teliti sejarah dari zaman ketamadunan sejauh Tamadun Sumeria, kita dapat menjejak simbol bulan sabit dan bintang dah diguna terlebih dulu.
Bulan sabit mewakili “Sin” yang dianggap sebagai Tuhan Bulan. Bintang pula mewakili Venus dalam mitologi Rom Purba.
Simbol bulan sabit dan bintang sebenarnya muncul sebelum kedatangan Islam di tamadun Yunani Kuno dan Rom.
Tapi penggunaannya lebih ketara boleh ditemui dari sejarah Byzantium yang berkaitan dengan tuhan-tuhan seperti Artemis dan juga Hecate, yang dianggap sebagai dewi pelindung kota.
Jika kita telusuri lebih jauh lagi sekitar abad ke-2 dan ke-1 SM, kita boleh temui artifak berbentuk kepingan syiling di mana kedua simbol itu dikeluarkan sejak Ketamadunan Mesopotamia.
Di zaman Rom Pertama, bulan sabit dan bintang digunakan pada kebanyakan duit syiling.
Banyak juga figura dewi-dewi menurut naratif mitos Yunani digabungkan bersama dengan bulan sabit dan bintang.
Bulan sabit dan bintang digunakan pada beberapa tempoh berbeza sepanjang zaman Empayar Rom.
Pada abad ke-4 SM, simbol bulan sabit dan bintang digabungkan bersama-sama.
Teori punca utama kepada maksud penggunaan gabungan bulan sabit dan bintang ni sebab ia membawa makna “penyatuan”.
Rom nak tunjuk diorang bersatu menghadapi ancaman dari luar diabadikan ke dalam bentuk syiling.
Selepas Uthmaniyah takluk Konstantinople kemudian menamakannya sebagai İstanbul, Sultan Muhammad Al-Fateh serap simbol bulan sabit dan bintang yang akhirnya jadi simbol yang sangat dekat dengan budaya Turki dan Islam.
Bulan sabit dan bintang ni turut diguna pada duit syiling Uthmaniyah, tughra (tandatangan/cap mohor Sultan) dan panji-panji Uthmaniyah.
Pada abad ke-20, bintang dan bulan sabit diangkat sebagai “simbol Islam.”
Nasionalisme Arab pernah angkat simbol ni pada tahun 1970-an hingga 1980-an tetapi akhirnya ditolak kerana salah faham dan tanggapan bahawa ia adalah simbol rasmi Islam sebagai tidak berasas pada waktu itu.
Walaupun simbol bulan sabit dengan bintang ni sering dikaitkan dengan Islam pada masa kini, baru kita sedar yang ia sebenarnya dah digunakan berbagai-bagai peradaban sejak dulu lagi.
Apa yang berlaku pada Baitulmaqdis ketika di bawah kekuasaan Rom? Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN ROM. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source