Makcik Kemboja Kata Melayu Pemalas?
Sehari dua ni tular berkenaan seorang penjual pakaian yang lahir di Kemboja hina orang Melayu dengan kata “Melayu Pemalas.”
Kalau korang tak tau, istilah “Melayu Pemalas” ni datang dari penjajah British lagi.
Kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Frank Swettanham dan John Crawford kata Melayu adalah bangsa pemalas?
Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu taknak jadi buruh Inggeris.
Melayu dikatakan kelompok manusia yang malas berusaha, gemar pada hiburan, sering melatah dan suka mengamuk.
Untuk apa dia kata Melayu malas? Ada jugak sebab dia.
Diorang nak nampakkan British yang menjajah sebagai superior kepada orang Melayu yang dijajah.
Bagi diorang, dioranglah yang “terpaling bertamadun” sampai katanya penjajahan ni ialah tanggungjawab diorang untuk mentamadunkan manusia dengan slogan Beban Orang Putih.
Bangsa lain pun ada jugak yang malas. Tak boleh la nak pukul rata asal Melayu je malas. Padahal semua bangsa ada memilikinya.
Ingat tak dulu, Tun Mahathir pernah kata Melayu malas?
Syed Hussein al-Attas ada kritik tentang falasi dan mitos “semua Melayu malas ni’ dalam karyanya Mitos Peribumi Malas.
Anehnya, kapitalisme kolonial mahupun Revolusi Mental yang cakap Melayu malas ni tak pernah sebut orang Cina yang malas.
Sebab apa? Bagi diorang, semua orang Cina bekerja keras. Tapi sebenarnya ada je orang Cina yang malas dan biasanya jumlahnya lebih besar dalam kalangan kelas atasan.
Saya tinggalkan sebuah persoalan untuk korang. Stamford Raffles pernah cakap “Perwatakan bangsa Melayu adalah relatif primitif dan tidak beradab.”
Bagi korang sendiri yang berbangsa Melayu, adakah benar kata-kata Raffles ni? Dan apa sebab Raffles rasa orang Melayu malas?
Kalau kita malas, mustahil kita jadi orang yang terawal berlayar di lautan jauh sebelum orang-orang Barat tu lagi.
Benda-benda yang korang jumpa di platform-platform media sosial ni betul ke semuanya berkaitan sejarah Melayu?
Inilah masanya untuk korang dapatkan JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU untuk betulkan persepsi korang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source