Betul Ke Ni Bendera Palestin ?
Satu mitos baru tular menunjukkan bendera ni sebagai bendera Palestin pada 1939.
Mungkin ada manusia yang akan anggap Palestin ni milik Yahudi memandangkan ada simbol Bintang Daud sejak dulu lagi disebabkan gambar ni.
Tetapi apa cerita disebalik bendera ini, dari mana asalnya dan kenapa ia sering digunakan dalam perbincangan Zionis?
Asal usul dakwaan ni muncul dari kamus Perancis bertajuk Le Petit Larousse Illustré.
Bendera ni muncul dalam kamus ni dari awal 1920-an hingga akhir 1930-an. Tapi, anehnya terdapat bendera lain yang dilabel secara salah.
Sebagai contoh, bendera Maghribi tak betul, begitu juga bendera Kesatuan Soviet. Ada lagi ralat lain dalam edisi lain seperti bendera yang agak pelik untuk kerajaan Hejaz yang sengaja dibuat-buat.
Berbalik pada bendera Palestin tadi, satu-satunya bukti berkibarnya bendera ni hanya daripada imej dalam National Geographic pada tahun 1930-an.
Ia berkibar pada sebuah kapal wap bernama “Emanuel” dikendalikan oleh syarikat perkapalan Hofiya. Ia dianggap sebagai bendera rasmi kerana syarikat perkapalan lain tak kibarkan bendera ni.
Masih tak diketahui apa yang mendorong kamus ni untuk pilih bendera ni mewakili Mandat Palestin masa tu.
Tapi melihat kesilapan lain menampakkan kesilapan seperti ini sememangnya sengaja dibuat-buat.
Pendek kata, ini bukan bendera rasmi Mandat Palestin. Ia tidak pernah digunakan secara rasmi atau diiktiraf.
Ia berkemungkinan besar digunakan oleh satu kumpulan Zionis di Palestin, tetapi tak pernah dalam acara rasmi.
Apa yang berlaku pada Baitulmaqdis sepanjang sejarah? Benarkah ia pernah ditadbir Kerajaan Yahudi di masa silam?
Jawapannya ada dalam KITAB TAMADUN YAHUDI. Dapatkan segera!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source