Sejarah Di Sebalik Lagu Coldplay Viva La Vida
Baru je 2 hari lepas Coldplay buat konsert di Malaysia.
Saya tertarik nak ceritakan pasal sebuah lagu Coldplay ternyata diambil dari sebuah peristiwa sejarah besar yang pernah berlaku di dunia.
Viva La Vida dan Revolusi Perancis.
Tanpa korang sedar Viva La Vida or Death of All His Friends ni seolah-olah menceritakan pasal seseorang yang pernah jadi pemimpin sesebuah bangsa.
Benar, Viva La Vida ni ditujukan kepada Revolusi Perancis dan kematian Raja Louis XVI dijadikan cover album lagu ni.
Cover album ni diambil dari lukisan tahun 1830 berjudul Liberty Leading the People, karya pelukis Perancis, Eugène Delacroix yang menggambarkan gerakan Revolusi Perancis.
Vokalis Coldplay sendiri Chris Martin pernah ditemuramah dan beliau sebut maksud Viva La Vida ni ialah semoga berumur panjang.
Viva la Vida menceritakan kisah dari perspektif Raja Louis XVI yang sangat berkait dengan pidato terakhirnya setelah digulingkan dan sebelum dihukum Guillotine.
Beliau dihukum di Place de la Concorde pada 21 Januari 1793.
Guillotine ni kalau korang tak tau ialah hukuman pancung kepala, ikon revolusi pada masa itu.
Semasa beliau diikat pada guillotine, Raja Louis XVI bagi ucapan terakhir sebelum dihukum bunuh.
Beliau nyatakan beliau tak bersalah dan prihatin terhadap kerajaannya.
“Rakyat saya, saya mati tidak bersalah. Tuan-tuan, saya tidak bersalah atas semua yang didakwa terhadap saya,” kata Raja Louis XVI.
“Saya harap darah saya dapat mengukuhkan nasib baik rakyat Perancis,” katanya.
Dengan kematian Raja Louis XVI, berakhirnya penguasaan dinasti diraja Perancis.
Lirik lagu Viva La Vida ni membawa penceritaan tentang Raja Louis XVI yang lebih insaf.
I used to rule the world
Seas would rise when I gave the word
Now in the morning, I sleep alone
Sweep the streets I used to own
Lirik seterusnya membawa kepada penceritaan keseluruhan pemerintahan Raja Louis XVI tu sendiri dari mula hingga beliau dihukum Guillotine.
Selepas kematian datuknya yang meninggalkan Perancis dalam masalah kewangan, Louis XVI naik takhta dan diraikan sebagai raja baru yang diramal membawa perubahan.
Coldplay juga menceritakan bagaimana Louis XVI menjadi raja yang kejam dan menakutkan.
Sebelum Revolusi, Perancis dilanda kemarau, penyakit binatang ternakan dan penuaian bijirin yang lemah menyebabkan harga roti naik mendadak. Golongan miskin makin bertambah dan semakin melarat.
Keselesaan, kekayaan dan kuasa Louis XVI tak dapat menarik Perancis keluar dari krisis ekonominya. Rakyat mahukan pemerintah baru.
I hear Jerusalem bells a-ringin’
Roman Cavalry choirs are singing
Be my mirror, my sword and shield
My missionaries in a foreign field
For some reason, I can’t explain
I know Saint Peter won’t call my name
Never an honest word
But that was when I ruled the world
Pada chorus pula, Raja Louis XVI tahu yang semua orang meraikan dan bersorak akan kematiannya menantikan pemerintahan baru dari revolusi tersebut.
Nak tau macam mana Revolusi Perancis ni berlaku dengan lebih mendalam seperti ketamakan Marie Antoinette yang menyebabkan rakyat marah? Dapatkan segera KITAB TAMADUN EROPAH!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source