Buka Bisnes Guna Wang Sendiri, Anak Teruna Kris Dayanti Bina Pusat Kesihatan
Setiap tahun pasti ada laluan penerbangan baru yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan.
Untuk tahun 2018, syarikat penerbangan tambang mampu milik, AirAsia X telah membuka beberapa laluan baru dari Semenanjung Malaysia ke lima buah lokasi percutian ini.
Ke mana dan berapa harga tiket penerbangan? Lets check it out!
Bandaraya di India ini terkenal dengan nama jolokan ‘The Pink City’ dan cukup menarik untuk diterokai kerana gabungan seni bina lamanya dengan culture generasi baru. Jalan rayanya mungkin dipenuhi dengan beca, motorsikal dan sometimes, juga unta.
Namun di sebalik semua itu, ada beberapa lokasi menarik yang wajib dikunjungi seperti City Palace, Jantar Mantar, bangunan Hawa Mahal dan kota Amber di atas bukit.
Penerbangan AirAsia X KL – Jaipur bermula dari 5 Februari 2018. Tiket promosi kelas ekonomi dari serendah RM299/sehala.
Setiap kali ke Pulau Jeju di Korea Selatan, pengalamannya pasti tidak sama. Destinasi vacay popular di kalangan peminat K-Drama ini adalah tempat paling sesuai untuk merehatkan minda.
Antara perkara wajib di sana adalah untuk melihat matahari terbit dari tepi pantai, melakukan urutan kaki (koreans masseurs are the best!), menghabiskan masa di kafe mereka sambil mencuba kopi dan tentunya, mendaki bukit setinggi 1.3 km berhampiran gunung Hallasan.
Penerbangan AirAsia X KL – Jeju telah bermula sejak 12 Disember 2017. Tiket promosi kelas ekonomi dari serendah RM249/sehala.
Lupakan kejap Shanghai, Xi’An dan Guangzhou.
Hangzhou merupakan destinasi terbaru yang diminati pelancong Asia jika ingin ke China. Dengan panorama indah West Lake dan bukit-bukau hijaunya, Bandar ini memang best bagi yang gemarkan fotografi kerana scenery indah di West Lake dan kawasan bukit di sana.
Penerbangan AirAsia X KL – Hangzhou bermula dari 11 Januari 2018. Tiket promosi kelas ekonomi dari serendah RM269/sehala.
Setelah empat tahun penerbangan ke Maldives dibatalkan, AirAsia mengumumkan bakal meneruskan laluan ke sana mulai 2018.
Walaupun ramai yang mengatakan Maldives adalah lokasi untuk pengunjung ‘have-have’ je, sebenarnya itu tak betul. Maldives mempunyai lebih 100 pilihan hotel bergantung kepada bajet korang.
Why not jelajah di antara pulau dengan feri untuk melawat bandar-bandar di Maldives. Korang pun wajib ke pekan Male yang padat dengan bangunan menarik termasuklah Masjid Besar ‘Old Friday’.
Penerbangan AirAsia X KL – Maldives bermula dari 6 Februari 2018. Tiket promosi kelas ekonomi dari serendah RM269/sehala.
Macao merupakan bekas tanah jajahan koloni Portugis selama lebih 300 tahun dan terdapat macam-macam sejarah peninggalan di sini. Bukan je ada kasino.
Di Semenanjung Macao adalah bandar lamanya, Pulau Taipa yang mempunyai seni bina lama yang dipelihara. Pulau Cotai pula ialah lokasi kasino popular. Akhir sekali, Pulau Coloane didiami perkampungan kolonial dan pantai indah.
Penerbangan AirAsia X Johor Bahru – Macau bermula sejak 28 November 2017. Tiket promosi kelas ekonomi dari serendah RM129/sehala.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source