Tak masuk akal, Razlan bidas idea Isham Umno tubuh kerajaan bersama PN
PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Razlan Rafii membidas rakan sejawatnya, Isham Jalil yang memberi dua senario, termasuk kerjasama PAS dengan Umno bagi membolehkan Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi perdana menteri sebelum PRU16.
Razlan Rafii berkata kerajaan perpaduan kini sudah kukuh dengan majoriti dua pertiga, dan kemenangan menteri besar Terengganu pada PRK Kemaman juga tidak akan mengubah pemerintahan Putrajaya.
Malah, katanya, jika 26 Ahli Parlimen Umno “menyeberang” ke blok pembangkang, ia juga tidak akan menyebabkan kejatuhan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, sebaliknya hanya mengkucar-kacirkan politik negara seperti sebelum ini.
“Jadi tidak akan ada formula lain seperti yang disebut Isham. Saya tak nampak perkara itu masuk akal untuk dilakukan,” katanya kepada FMT.
“Tidak timbul isu untuk kita mencari rakan lain untuk memporak-perandakan politik negara sekali lagi sepertimana yang telah dilakukan oleh Muhyiddin Yassin dan kumpulannya.”
Terdahulu, Isham berkata Samsuri yang juga naib presiden PAS boleh menjadi perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) berjaya memujuk Umno bermuafakat semula sebelum PRU16.
Beliau berkata dengan bertautnya kembali kerjasama dua parti terbesar Melayu dan Islam itu, “tidak mustahil kerajaan perpaduan akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan muafakat dalam masa terdekat”
Bagaimanapun, Isham berkata sebarang perubahan dalam landskap politik bergantung kepada tindakan PAS selepas ini atau parti dipimpin Hadi Awang itu boleh menunggu empat tahun lagi pada PRU16 untuk menjadi perdana menteri.
Pada siri kempen PRK Kemaman, nama Samsuri diangkat sebagai calon perdana menteri untuk PN termasuk oleh segelintir pemimpin Bersatu antaranya ketua penerangannya Razali Idris.
Mengulas perkara itu, Razlan mempersoalkan “niat sebenar” Isham, apabila pemimpin itu beberapa kali tidak menghadiri mesyuarat MKT parti dan didakwa mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan daripada Bersatu.
“Kita tak tahu apa perancangan sulit beliau lakukan dalam (dengan) rakan-rakan…. ada banyak gambar viral beliau berjumpa dengan rakan-rakan wakil Bersatu, apa pun yang beliau lakukan pada pandangan saya bercakap sajalah.
“Bercakap ibarat tin kosong, tiada beri kekuatan apa-apa pun,” katanya yang juga setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi
Beliau menegaskan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional tetap teguh di bawah kepimpinan Anwar, seawal penubuhan kerajaan perpaduan lebih setahun lalu.
“Jadi, tidak timbul isu untuk kita mencari rakan yang baru.”
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source