Kes saman RM2.5 juta Siti Nordiana & 5 sekawan berakhir, pilih saling bermaafan
Kes saman fitnah RM2.5 juta penyanyi terkenal, Nana atau Siti Nordiana terhadap lima sekawan berakhir apabila mereka semua saling bermaafan.
Memetik laporan dari Mstar, Peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan yang perbicaraan kes berkenaan tidak diteruskan setelah terdapat perbincangan antara penyanyi itu selaku plaintif dan lima defendan untuk menyelesaikan isu di antara mereka dengan baik.
Harap persengketaan berakhir di sini
Persetujuan berkenaan juga mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu kedua-dua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan dan secara terbuka.
“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi,” katanya.
Kredit foto: Mstar
Siti Nordiana & 5 sekawan saling bermaafan
Susulan daripada itu, Siti Nordiana, 39 telah membuat permohonan maaf kepada lima individu berkenaan dan menyatakan yang dirinya memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.
Lima individu tersebut iaitu Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad juga melakukan tindakan sama di hadapan hakim.
Kredit foto: Mstar
Penyelesaian baik antara Siti Nordiana & 5 sekawan
Dalam pada itu, Syura memaklumkan yang penyelesaian secara baik adalah apa yang diharapkan sebelum kes berkenaan diteruskan di peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
“Alhamdulillah, ini yang kita harap daripada awal lagi… Sebelum kes ini berjalan sebenarnya. Apa yang kita inginkan dapat dicapai hari ini.
“Kalau ikutkan memang tidak mahu teruskan perbicaraan sejak daripada awal tetapi apabila ada perkara yang perlu kita ikut, sampai ke sini (perbicaraan).
“Tidak sangka hari ini kita dapat penyelesaian,” katanya.
Sudah bersedia proses yang panjang
Lan Solo atau nama sebenarnya, Mohd Razlan bin Mohamed Yusof pula menyatakan yang dia memang sudah bersedia dengan tempoh turun naik mahkamah yang panjang namun bersyukur kerana semua pihak memilih berdamai sebagai jalan penyelesaian untuk kes mereka.
“Sebenarnya kami pun dalam keadaan bersedia untuk dipanggil beri keterangan pada bila-bila masa dan Alhamdulillah penyelesaian dapat dilakukan hari ini,” ujarnya.
Perbicaraan ganggu fokus Nana di ASGV
Sementara itu, pihak peguam Nana, Ahmad Syaifulbakri Mohamed menyatakan yang proses yang berlarutan terlalu lama membuatkan penyanyi terbabit bersetuju untuk menyelesaikan kes saman dengan cara baik.
Dia juga menjelaskan bahawa perbicaraan kes ini turut membuatkan fokus penyanyi lagu Arah Cinta ini dalam pertandingan All Star Gegar Vaganza (ASGV) terganggu.
“Sebenarnya ia sudah berlarutan lama iaitu sejak 2021. Jadi kita fikir untuk move on dan cari satu penyelesaian dengan pihak defendan dan hasilnya dapat kita lihat hari ini.
“Memang kita akui, kes yang sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen dan dibawa ke Mahkamah Tinggi menyebabkan kelewatan. Ia melibatkan kos dan Siti Nordiana sendiri berasa penat.
“Siti Nordiana pun sibuk dengan persiapan ASGV yang diadakan ketika perbicaraan sedang berlangsung… Jadi dia berasa penat,” ujarnya.
Terdahulu, Siti Nordiana telah memfailkan saman menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 38, isterinya Nur Sheila dan Syura, 37, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga. Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 45, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 44.
Hal ini susulan tindakan lima sekawna ini membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.
Sumber: Mstar (Nazrin Zulkafli)
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source