Apa Sebenarnya Hukuman Salang? – The Patriots
Tadi ada trivia mengenai asal usul nama Selangor dinaikkan. Ada salah satu cerita nama Selangor datang dari hukuman Salang dan Jemur di pinggir Sungai Selangor.
Apa sebenarnya Salang ni?
Uniknya hukuman salang ni dimana pesalah yang dihukum mati buat diorang tak rasa tersiksa dalam jangka masa yang lama ketika dihukum sekali gus membuktikan kebijaksanaan orang Melayu ketika itu dalam menjalankan hukuman bunuh.
Cara pesalah dihukum dengan tikam tepat di bahu kiri hingga mata senjata tembus ke jantung.
Keris merupakan antara senjata yang digunakan penguasa semasa hukuman salang selain lembing.
Namun tak semua keris boleh digunakan untuk hukuman salang. Hanya keris istimewa yang digunakan terutamanya Keris Salang atau Keris Bahari yang dikenali sebagai Keris Alang di Pahang.
Keris ni diberikan oleh sultan kepada orang yang dilantik sebagai algojo atau pelaksana hukuman yang dipanggil penyalang.
Semasa hukuman salang dilakukan, pesalah akan diletakkan secara melutut dengan tangannya diikat ke belakang serta matanya ditutup.
Penyalang menghunus keris dan tikaman merangkak ke dalam tulang selangka serta menyerong ke kanan.
Tusukan menembusi ke jantung pesalah akan menyebabkan kematian berlaku serta merta dengan kecederaan yang parah, namun tubuhnya kekal dalam keadaan baik.
Apabila ditarik keluar dan luka ditutup dengan kain atau kapas.
Kalau nak tahu, hukuman Salang ni pernah ditunjukkan di dalam filem klasik Tun Fatimah pada tahun 1961.
Nampak tak betapa uniknya budaya Melayu? Kenal lagi sejarah dan budaya Melayu bersama Kitab Tamadun Melayu. Dapatkan segera!
Nak ingatkan juga pada korang, Pesta Buku Antarabangsa Selangor dah bermula hari ini di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam! Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source