Nadia Annuar trauma nak kahwin lagi, mahu lelaki manja tetapi bukan suami orang
Pengacara televisyen, Nadia Annuar mengakui dirinya sudah trauma untuk ‘kahwin’ lagi selepas dua kali gagal dalam perkahwinan, lebih-lebih dia baru bercerai dengan suami, Hafiz Salleh awal tahun ini.
Nadia Annuar trauma nak kahwin lagi
Dedah pemilik nama Nadia Shahrul Annuar, semenjak dirinya kembali solo, terdapat beberapa individu cuba berkenalan dengannya tetapi kebanyakan mereka adalah suami orang.
“Bukan tak ada yang cuba berkenalan tetapi ramai suami orang.”dedah Nadia.
Memetik laporan Utusan Online, Nadia berdoa agar dijauhkan daripada mendekati suami orang kerana tidak mahu menyakiti hati wanita lain hanya disebabkan seorang lelaki.
Ujar Nadia, dirinya tidak kisah seandainya ditakdirkan bersama lelaki lebih muda daripadanya asalkan bukan berstatus suami seseorang.
Tegas Nadia Annuar lagi, dia masih trauma untuk kahwin buat ketika ini.
“Buat masa ini, saya trauma untuk berkahwin lagi. Ada juga yang mendekati, tetapi itulah bukan sekarang. Tetapi suami orang tidak sama sekali.
“Tak guna pun saya menyakiti hati wanita lain kerna seorang lelaki. Biarlah saya mencari yang bujang. Muda pun tak apa, asalkan bukan suami orang,” katanya lagi.
Mahu suami manja, perhatian, matang dan sekufu
Kongsi Nadia yang juga bekas pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), dia mahukan seorang lelaki yang manja dan memberi perhatian kepadanya.
Jelasnya anak kepada usahawan terkenal Zaiton Hassan atau Kak Ton, ia adalah penting kerana dirinya merupakan seorang wanita bekerjaya serta berdikari.
Biarpun tidak menolak lelaki muda, namun wanita berusia 39 tahun itu mengharapkan seseorang yang sekufu dari segi pemikiran dan boleh menjadi teman berbual tentang pelbagai topik.
“Muda? Tak ada masalah. Kalau setakat beza lima tahun muda, saya rasa okay sahaja. Tetapi biarlah matang dan sekufu dari segi pemikiran.
“Tak nak bila berborak, saya seorang sahaja mengemudi perbualan. Dia diam tak tahu apa-apa, bosanlah macam itu,” kongsinya.
Artikel lain: Nadia Annuar akui silap buka tudung, tak kisah diri jadi mangsa kecaman netizen
Sebelum ini, nama Nadia menjadi bualan selepas dia membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab menerusi sebuah hantaran di laman Instagram bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-39 menerima banyak kecaman netizen.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source