Berkat kesabaran 19 tahun, suami isteri syukur & teruja timang anak sulung
Berkat kesabaran dan penantian pasangan suami isteri selama 19 tahun untuk ‘timang’ cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan pada 29 November lalu.
Syukur timang anak sulung selepas 19 tahun kahwin
Menerusi hantaran tular di platform TikTok, pengguna dikenali @anakmuharom berkata, mereka suami isteri telah menempuhi banyak dugaan hidup sepanjang 19 tahun bersama.
Meskipun mereka menempuhi banyak dugaan hidup, namun tidak sekali pun berasa putus asa. Sebaliknya, terus berdoa dan redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
“Cerita setiap orang tak sama. Pengalaman pun tak sama. Cepat dan lambat, semua kerja Allah.
“Kita terus berdoa, meminta dan redha dengan setiap yang dah tertulis.
“19 tahun bukan sekejap, yang lalui sahaja faham,”kongsinya.
Artikel lain: Lama menanti cahaya mata, Siti Elizad syukur mentua & bapa tak tanya soal zuriat
Dalam hantaran yang sama, dia juga berterima kasih kepada orang ramai kerana tidak hentikan mendoakan kebahagiaan mereka terutama untuk mendapatkan zuriat sebagai penyeri hidup berumah tangga.
Malah, ia juga berkat daripada doa orang ramai yang pernah mereka bantu selama ini.
“Alhamdulillah, Allah dengar doa-doa kita. Mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kita bahagiakan, doa orang yang kita belanja makan, dia anak-anak yatim dan doa orang yang kita bantu tanpa sedar,”tulisnya lagi.
@anakmuharom Cerita setiap org x sama..pengalaman pun x sama,cpt n lmbat semua kerja Allah,kite terus berdoa,meminta n redha ngan setiap yg dh tertulis,19 thn bkn sekejap,yg lalui je faham 🤭 alhamdulillah Allah dengar doa² kite ♥️ mungkin jugak bkn doa kami,mungkin doa org yg kite bahagiakan,doa org yg kite belanja makan,doa anak² yatim,doa org yg kite bantu tanpa sedar 😊 #mybaby #myzuriat #19tahun #terimakasihallah #2023 #november #26112023 #loveyou #babyboy #baby
Berdasarkan kapsyen pada hantaran itu juga, difahamkan pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.
Alhamdulillah, sama macam saya, jiran…
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut tumpang gembira selain berkongsi pengalaman yang sama sebelum dikurniakan rezeki zuriat setelah lama berkahwin.
Sumber: TikTok @anakmuharom
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source