PU Riz syukur, rezeki Neelofa melimpah ruah sebab taat suami & patuh syariah
Pendakwa selebriti yang juga suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz meluahkan rasa syukur dan tumpang gembira dengan pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi stroller dan kerusi kanak-kanak, Hamilton, baru-baru ini.
Artikel lain: Personaliti dinamik & mudah didekati, Neelofa jadi duta pertama hamilton by yoop
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, dia percaya berkat ketaatan isteri terhadap dirinya membuatkan rezeki ‘orang rumah’ kesayangannya melimpah ruah.
Ini kerana Neelofa yang juga pelakon dan usahawan berjaya memikat banyak jenama besar yang melantik dirinya sebagai duta, biarpun kini berniqab.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.
“Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.
PU Riz berkata, dia juga sentiasa memberi peringatan kepada Neelofa agar mematuhi syariah dalam apa jua perkara yang dilakukannya termasuk soal penampilan.
Tambahnya, dia sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan oleh Neelofa asalkan perkara tersebut tidak melanggar batasan dan diredai Allah.
Ujar bapa kepada dua orang cahaya mata, berniqab bukanlah alasan buat wanita muslimah di luar sana untuk bekerjasama dengan jenama terkemuka antarabangsa.
“Bagi saya, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama.
“Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka,”ujar PU Riz.
Sebelum ini, media melaporkan Neelofa dilantik sebagai duta pertama syarikat jenama utama untuk ibu bapa, hamilton by yoop yang sekaligus menjadi wajah kempen ‘Enjoy Your Parenthood with Easy Everywhere’.
Pelantikan Neelofa juga sejajar dengan komitmen perkembangan anak yang moden dan bebas tekanan selain Neelofa mempunyai personaliti yang dinamik dan mudah didekati.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka kini memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal bakal berusia 2 tahun pada tahun hadapan dan Abdullah Abbas, lima bulan.
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source