Pelacur Bertaubat di Kaki Rumi
Orang sering memandang jijik kepada pelacur. Berbeza dengan Rumi, beliau sedia menyambut seorang pelacur yang mahu bertaubat dan meninggalkan dunia gelap.
Kisahnya, di kota Konya, ada seorang perempuan yang menjadi kupu-kupu malam. Dia sudah lama menjual tubuh demi mencari sesuap nasi. Namun, tumbuh rasa penyesalan di dalam hatinya. Kepada siapakah dia patut mengadu? Orang ramai sudah menganggapnya lebih jijik daripada sampah.
Pada suatu hari, Maulana Jalaluddin Rumi berjalan melintasi rumah pelacuran wanita berkenaan. Tiba-tiba, wanita itu datang berlari ke arahnya. Dia mendekati Rumi, jatuh di kakinya dan mula memohon keampunan dengan air mata yang bercucuran seperti hujan.
Pelacur itu menzahirkan penghormatan kepada Rumi dengan penuh keinsafan. Meski dirinya berdosa, rasa sayang kepada wali Allah masih mekar dalam jiwanya ibarat sebuah oasis di tengah sahara, cinta menghilangkan dahaga kafilah jiwa.
“Rabiah! Rabiah! Rabiah!” balas anak Rumi kepada wanita itu. “Maulana… Maulana…,” wanita itu tidak putus-putus menangis. Dia berteriak-teriak tanpa mempedulikan orang lain yang menghampirinya.
Pelacur-pelacur lain yang berada di rumah pelacuran keluar untuk melihat apa yang berlaku. Mereka kehairanan. Wanita yang mereka kenal kerap melayani lelaki itu sekarang sedang menangis teresak-esak seperti bayi di bawah kaki ulama Konya!
“Alangkah kuatnya kamu, alangkah kuatnya kamu. Jika kamu tidak menanggung beban berat kehidupan yang sukar ini, siapakah yang akan menenangkan lelaki-lelaki buas yang tak dapat mengawal nafsu syahwat mereka dan hilang arah?
Bagaimanakah perempuan baik dapat menjaga maruahnya?” Pujuk Rumi dengan tenang, bagai embun dingin yang menitis lembut dari daun menghijau.
“Tiada gunanya bagi seorang wali yang besar seperti Rumi untuk memberi simpati kepada perempuan murahan dan memuji mereka seperti ini,” cemuh seorang bangsawan.
Rumi menjawab kritikan itu dengan berkata, “Wanita ini hanya berkelakuan begini kerana keadaan hidupnya. Dia tidak berpura-pura. Jika kamu seorang lelaki sejati, cuba jadi sepertinya. Tinggalkan tabiat talam dua muka supaya apa yang ada dalam dan luar kamu sama. Jika bahagian dalam dan luar kamu tidak sama, segala-galanya akan sia-sia.”
Pelacur tersebut segera bertaubat dan meninggalkan pekerjaannya. Dia mengabdikan diri kepada Allah Taala dan menjadi wanita solehah seperti Rabiyatul Adawiyah.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 20% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source