Seb-i Arus, Festival Rumi di Turki
Korang yang nak bercuti tapi tak tahu nak pergi mana, bolehlah ke Turki sekarang! Pada setiap 17 Disember, mereka menyambut Seb-i Arus di Konya. Ia sempena memperingati kewafatan sufi besar, Maulana Jalaluddin Rumi.
Seb-i Arus bermaksud ‘malam perkahwinan’ iaitu pertemuan semula dengan Tuhan.
Kematian bukanlah suatu pengakhiran. Bagi orang sufi, kematian hanyalah perpindahan alam, seperti kita berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain. Untuk orang beriman, kematian adalah suatu kegembiraan kerana dapat bertemu Allah Taala yang sekian lama dicintai dan dirindui.
Bak kata Rumi: “Selagi Kau yang mencabut rohku, maka kematian adalah lebih manis bagiku berbanding kehidupan. Selagi aku tetap bersama-Mu, selagi itu kematian adalah lebih indah bagiku berbanding nyawa.”
Rumi tidak takut mati.
Sebelum meninggal dunia, isterinya pernah mengadu, “Suamiku yang tersayang, saya berharap abang dapat mengisi makna hakikat di dunia ini dengan lama. Biar hidup hingga tiga atau empat ratus tahun lagi.”
Apabila mendengar kata-kata itu, Rumi menjawab, “Mengapa? Mengapa? Kita bukan firaun dan Namrud. Apa yang perlu kita lakukan di dunia ini? Bagaimana kita boleh mendapat keamanan dan ketenangan di dunia ini? Kita dimasukkan ke dalam penjara duniawi untuk beberapa tempoh sebelum dibebaskan. Semoga tidak lama lagi kita akan kembali ke hadrat Allah yang dikasihi.”
Isterinya tertunduk insaf.
“Sebenarnya kematian ialah kehidupan yang sebenar,” pujuk Rumi.
Rumi melayari kehidupannya dengan persediaan untuk kematian. Oleh itu, dia berbuat baik dengan semua orang dan tidak menyimpan hasad dengki dengan sesiapa jua. Semua orang menyenangi Rumi tanpa mengira agama atau bangsa.
Ketika majlis pengebumian Rumi, beribu-ribu orang turun mengiringi jenazahnya. Terdapat juga orang Kristian dan Yahudi yang turut bersedih sampai mengalirkan air mata. Aflaki menyebut, Rumi telah mengislamkan 18,000 orang. Bagi yang belum mendapat hidayah, mereka juga sangat menghormati dan menyayangi Rumi.
Maka, orang bertanya kepada lelaki Kristian, “Mengapakah saudara menangis di pengebumian tokoh Muslim?”
Lelaki itu menjawab: “Kami mengangkat beliau seperti (Nabi) Musa AS, Daud AS dan Isa AS zaman ini. Kami semua pengikut serta anak muridnya.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Terokai alam cinta yang mengasyikkan dari puisi-puisi Rumi! Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Diskaun istimewa untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: https://shp.ee/e6n9puy
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source