Gurauan Rumi dengan Kanak-Kanak – The Patriots
Ketinggian pangkat dan kesibukan hidup bukanlah halangan bagi Jalaluddin Rumi untuk bermesra dengan kanak-kanak. Mesti korang akan terhibur dengan gurauan Rumi yang menggelikan hati!
Pada suatu hari, Sultan Valad merasa bosan dan lemah semangat. Hatinya dirundung kesedihan. Air mukanya yang sugul disedari oleh ayahandanya, Rumi. Oleh itu, Rumi datang ke madrasah dan menemuinya.
“Adakah engkau marah dengan sesiapa? Engkau nampak bersedih.”
“Saya tak tahu nak cakap.”
Kemudian, Rumi pergi untuk mengambil sesuatu. Setelah beberapa minit, Rumi datang dengan memakai topeng dan bulu serigala.
“Wofff wofff!” gurau Rumi mengacah serigala.
“Hahahahhahaahahaha.”
Sultan Valad ketawa berdekah-dekah sampai kehilangan suaranya. Kedukaannya pun hilang. Setelah itu, Sultan Valad mendekat dan mencium Rumi.
“Anakku, adakah engkau takut bila orang yang engkau sayang memakai bulu serigala?”
“Tidak,” jawab Sultan Valad.
“Apa yang dapat menyebabkan engkau gembira, adalah sumber yang sama dapat membuatkan engkau bersedih.”
Sultan Valad tersentak.
“Mengapa bersedih tanpa sebarang sebab, dan mengapa buarkan dirimu menjadi tahanan kedukaan? Carilah jalan untuk keluar daripada kekecewaan, dan ketahuilah bahawa semua kesusahan datang dari sumber yang sama. Layanilah kebahagiaanmu seperti tumbuhan hijau dan siramilah ia. Apabila ia sudah berbuah, kongsikannya dengan kawan-kawanmu,” nasihat Rumi.
Mendengarkan butir bicara Rumi yang lemah lembut dan penuh hikmah, semua kesedihan di dada Sultan Valad melenyap. Hatinya juga mengembang bagaikan bunga yang mekar.
“Sejak itu, saya tidak lagi merasa sedih. Say sudah mampu memisahkan diri daripada kerisauan duniawi,” ujar Sultan Valad.
Baik kan akhlak Rumi dengan anaknya? Sebenarnya, Rumi juga menyantuni kanak-kanak lain. Beliau meniru akhlak Rasulullah SAW yang disenangi semua orang termasuklah budak kecil.
Pada suatu masa, Rumi berjalan melintasi sekumpulan kanak-kanak yang ligat bermain di jalan. Ketika mereka ternampak Rumi, mereka terus berlari mendekati dan mendakapnya. Rumi meraikan kanak-kanak itu dengan cinta dan kasih sayang.
Sementara itu, terdapat seorang budak yang lambat datang.
Budak itu menjerit, “Sekejap! Aku nak datang ni!”
Rumi tidak bergegas meninggalkan mereka. Budak itu ditunggu sampai dapat memeluknya dan diraikan seikhlas hati. Rumi hanya beredar apabila kanak-kanak tersebut berasa gembira dan diberi perhatian.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Terokai alam cinta yang mengasyikkan dari puisi-puisi Rumi! Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Diskaun istimewa untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: https://shp.ee/e6n9puy
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source