Membedah Dialog Rumi dan Shams Tabrizi
Jalaluddin Rumi tidak akan menjadi sufi yang terulung, kalau bukan kerana Shams Tabrizi. Seumpama ramuan Philosopher’s Stone, begitulah Shams mengubah Rumi yang mentah menjadi emas tulen.
Bagaimana mereka bertemu?
Pada suatu hari, Shams bertemu Rumi di madrasah Konya dan mengajukan soalan, “Khabarkan kepadaku, siapakah yang lebih agung, Abu Yazid Bustami atau Nabi Muhammad SAW?”
“Soalan apakah ini? Sudah tentulah Nabi Muhammad SAW lebih agung,” jawab Rumi.
“Jikalau Nabi Muhammad SAW yang lebih agung, mengapa baginda mengatakan, ‘Aku beristighfar 70 kali setiap hari,’ sedangkan Abu Yazid Bustami mengatakan, ‘Alangkah hebatnya kewujudanku.’ Apa pendapatmu?”
Rumi menjawab, “Darjat Nabi Muhammad meningkat setiap hari. Setiap kali darjatnya semakin tinggi, baginda malu dengan keadaan dirinya (iaitu darjat sebelumnya yang lebih rendah). Oleh yang demikian, baginda kerap beristighfar memohon ampun. Sementara, Abu Yazid Bustami terpesona dengan darjat yang pertama lalu fana’ dan mengucapkan syatahat (melatah) seperti itu.”
Persoalan istighfar Rasulullah SAW 70 atau 100 kali ini telah dijawab oleh Syeikh Nazrul Nasir dari Zawiyah Nasiriyah semasa pengajian kitab Tajul Arus al-Hawi karangan Ibn Ataillah al-Sakandari.
Sidi Abu Hasan al-Syazili menjelaskan makna hadis Rasulullah yang berbunyi: “Terdapat ‘gangguan’ dalam hatiku sehingga aku beristighfar setiap hari 100 kali” (HR Muslim).
Pada suatu malam, beliau mimpi bertemu Nabi SAW. Baginda telah menjelaskan kepada Abu Hasan al-Syazili bahawa hadis tersebut bermaksud: “Gangguan itu berbentuk cahaya, bukannya kekacauan jiwa.” Ertinya, cahaya yang sampai ke hati baginda tersangatlah terang seolah-olah menyilaukan.
Manakala, istighfar Nabi SAW di saat itu merupakan petunjuk kepada umat. Sekalian Nabi adalah maksum daripada dosa, sementara istighfar mereka tidak sama dengan manusia biasa.
Bahasa mudahnya, Nabi Muhammad SAW sentiasa naik peringkat kerohanian, maka baginda beristighfar setelah melihat peringkat terdahulu yang lebih rendah.
Syeikh Ahmad Mamduh pernah mimpi ketemu Nabi SAW dan dinasihati: “Sangatlah rugi, orang yang boleh sampai ke peringkat yang tinggi, namun berhenti di tahap ini sahaja.”
Bak kata Rumi: “Sesiapa yang telah menjadi kawan akrab Sultan itu, itulah satu kecederaan dan penipuan (baginya) untuk duduk di pintunya. Apabila dia telah diberi kurniaan mencium tangan (Raja) oleh Raja, merupakan satu dosa sekiranya dia lebih suka mencium kaki (Raja). Walaupun meletak kepala di atas kaki (Raja) ialah satu perbuatan kehormatan, (namun) dibandingkan dengan perbuatan kehormatan sebelum ini, ini ialah satu kesalahan dan pengunduran. Raja itu cemburu kepada sesiapa yang walaupun selepas melihat wajah-Nya tetap lebih sukakan wangian sahaja.”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Promosi istimewa dengan diskaun 15% untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: bit.ly/RumiX11 atau https://shp.ee/e6n9puy
Jumpa kami di Pesta Buku Antarabangsa Selangor!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source