“No Wonder Ramai Yang Menyayangi Fazura…” -Heliza Helmi & Hazwani Helmi Puji Akhlak Nur Fazura
10 bulan lalu, Mohamad Syazwan Hamidon sama seperti remaja lain yang kekal aktif. Setiap hari dia ke sekolah menunggang motosikal, konvoi bersama rakan-rakannya.
Namun tarikh 15 Februari 2017, kecelakaan menimpanya. Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Taman Tengku Putra, Kulim, kira-kira 10 minit lagi sampai ke sekolah.
Puncanya, motosikal ditunggangnya dikatakan bergesel dengan sebuah motosikal kawan yang sama-sama mahu menuju ke sekolah. Sebaik rebah, di laluan jalan raya yang sibuk itu, datang sebuah motosikal lain lalu terlanggar bahagian kepalanya. Akibat hentakan kuat di kepala, pelajar tahun dua kursus Teknologi Elektrik di Kolej Vokasional Kulim ini tinggal nyawa-nyawa ikan.
Bahagian mukanya penuh kesan lenyekan tayar. Bantuan paramedik tiba tidak berapa lama dalam keadaan dia sedang bertarung nyawa.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan kerana keadaannya agak serius. Memandangkan darah beku terbentuk di kepalanya, doktor memutuskan membelah sebahagian tengkorak di kepalanya bagi memastikan darah beku dapat dikeluarkan. Sebahagian tempurung kepala yang dibelah disimpan dengan rapi oleh pihak hospital. Semuanya berdoa, agar satu hari nanti tempurung kepala itu dipasang kembali bagi menutup lekuk di kepalanya.
Demi memastikan dia mampu bernafas dengan baik, satu tebukan dilakukan di lehernya. Tebukan itu juga berfungsi untuk menyedut kahak yang menghalang pernafasannya. Sementara itu, perutnya ditebuk bagi membolehkan ibunya memberi susu lebih 10 kali sehari bagi membolehkan dia kembali sihat.
Namun sudah tertulis suratan perjalanan remaja yang bercita-cita menjadi seorang askar ini. Sudah tersurat dia terpaksa menempuh masa remajanya dengan hanya terlantar di katil dalam keadaan kaku di rumah sahaja yang terletak di Taman Mutiara 4 A, Karangan, Kulim, Kedah.
Kata ibu remaja ini, Siti Hapsiah Ismail, 39 tahun, selama anaknya terlantar sakit, sudah puas dia berdoa untuk anaknya kembali sembuh. Dia mahu anaknya kembali sihat dan mengejar cita-cita mempertahankan negara. Masa yang sama, air matanya sudah lama kering.
Sudah tiada kata mampu mengungkap rahsia hatinya namun dia harus redha dengan ujian menimpa. Dia tahu, kalau dia menangis seperti mana di awal anaknya itu terlantar kaku, sampai bila pun nasib itu takkan dapat diubah. Acap kali, sebagai ibu dia berdoa dan terus berdoa kerana tahu doa adalah senjata seorang mukmin.
Tetapi perancangan Allah, sebaik-baik perancangan. Dua minggu lalu, dia harus menerima takdir yang tertulis bahawa anaknya akan kekal sebegitu selagi ada hayatnya.
Pakar otak yang merawat anaknya memaklumkan otak anaknya disahkan sudah kecut selain tempurung kepalanya yang dibelah sebelum ini sudah tidak boleh dicantum kembali.
“Sebagai ibu, saya redha dengan segala aturannya. Otaknya sudah kecut dan tak mungkin dia kembali sihat seperti sedia kala. Buat masa ini, saya hanya memberinya minum susu. Jika di awal-awal dia terlantar dulu, saya letak tujuh skop mengikut saranan doktor tetapi sekarang saya kurangkan jumlahnya kerana perutnya mudah krem.
“Bila minum terlebih, Syazwan akan memuntahkan kembali melalui mulutnya. Malah kalau saya membuat suction, hanya susu yang keluar,” katanya memaklumkan anaknya memerlukan 15 tin sebulan dengan RM75 bagi setiap tin susu yang disyorkan oleh doktor.
Tambah Hapsiah, jumlah itu agak banyak tetapi sebagai ibu, biar anaknya terlantar sakit dan sudah tiada harapan untuk sembuh, dia sedaya upaya memberikan yang terbaik buat anak sulungnya itu.
Mengakui tubuh anaknya sudah kejang dengan keadaan kaki yang sentiasa berlipat, kata Hapsiah, hanya doa yang mampu dia tuturkan buat anaknya itu.
Demi menjaga Syazwan yang memerlukan pemerhatian rapi, akui Siti Hapsiah, dia lagi anaknya, Daniel Aiman, 15 dan Neyly Maisara, 9 sudah faham tumpuan diberikan buat abang mereka.
Sebagai suri rumah sepenuh masa dan hanya suami yang bekerja, keperluan Syazwan sememangnya agak tinggi.
Bagi yang mahu bersama-sama menghulurkan bantuan buat remaja ini demi keperluan susu dan lampin pakai buangnya, bolehlah hulurkan sumbangan ke Bank Simpanan Nasional di akaun 02004-41-00009188-7 atas nama Siti Hapsiah Ismail.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source