“Saya Nak Bermain Dalam Nusantara” -Mierul Aiman Mahu Intai Peluang Berlakon Di Indonesia Pula
11 BULAN MENGATUR STRATEGI DALAM GELANGGANG HERO REMAJA 2021. MISI MEMBURU KEJUARAAN LANGSUNG TIDAK TERLEPAS DARIPADA FOKUS MIERUL AIMAN HINGGAKAN IMPIAN YANG SATU MASA DAHULU SEKADAR BERLEGAR DI MINDA BERJAYA DIREALISASIKAN PADA 6 NOVEMBER 2021.
KONSEP & ARAHAN SENI FZ AIMMAN, MUSTAIZZAH MOKHTAR & AZNIZA AZIZ TEKS NOOR AIN NORMAN EDITOR FZ AIMMAN FOTO REMY OTHMAN PEM. FOTO JAZLAN NANGAR SUNTINGAN FOTO HEZRY LOKMAN SOLEKAN ARY MUZAMER DANDANAN FAIZAL AZHAR KLIP VIDEO SHERFIQA SHARIDAN BUSANA UNIQLO U FW 2021 AKSESORI PANDORA
Pentas akhir Hero Remaja 2021 sudahpun melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Muhammad Amirul Aiman bin Norazman atau lebih dikenali sebagai Mierul Aiman dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada tanggal 6 November 2021 setelah mengenepikan tiga lagi orang finalis.
Sedari episod permulaan Hero Remaja 2021, Mierul sememangnya sudah menjadi pesaing paling mencabar buat finalis-finalis lain setelah sering mendominasi tugasan yang diberikan baik yang kecil hinggalah yang paling kritikal sewaktu menghampiri pentas finale. Ternyata dedikasi, fokus dan misi yang diletakkan oleh Mierul tidak pernah lari dari landasan.
Menyangkal dakwaan bahawa dia telah menang mudah semasa berdepan saingan daripada naib juara musim ini yakni Aqil Taqee, 22 serta dua lagi finalis lain iaitu Fazziq Muqris, 21 dan Afiq Hamidon, 20. Sebaliknya, anak muda berusia 23 tahun ini sememangnya sudah menyimpan sasaran untuk menjadi finalis terakhir yang berdiri di pentas tersebut.
“Apabila menyertai sahaja dalam pencarian Hero Remaja, saya sudah meletakkan sasaran untuk menjadi salah seorang finalis terakhir. Bukan untuk mendabik dada secara pramatang mampu melangkah ke finale. Tapi disebabkan saya berfikiran sebegitulah, saya tidak sesekali akan meletakkan diri di dalam zon selesa.”
“Tiada maksud ‘selesa’ dalam kamus diri saya. Bagi setiap cabaran yang mendatang, ia adalah dunia baharu buat saya.”
“Macam mana pun saya memang ingin menang dan sekiranya kemenangan tidak berpihak kepada saya dalam mana-mana cabaran, cukuplah sekadar saya tahu saya sudah lakukan yang terbaik,” luah Mierul.
Dari minggu kedua hingga kelima, namanya telah dipetik sebagai pemenang yang mendominasi episod mingguan Hero Remaja 2021. Namun kejayaan tersebut juga hadir dengan cabaran yang tersendiri.
Setiap kali tibanya cabaran baharu, tekanan yang dilalui Mierul semakin mencanak kerana dia merasakan dirinya perlu mengekalkan prestasi untuk terus berjuang dalam pencarian ini.
“Bila kita dah selalu menang, ia bermakna kita berjaya mencuri perhatian juri dan pesaing yang lain. Tapi kalau orang nak kata saya telah bolot semua cabaran dengan mudah, itu adalah tidak benar.
“Sejujurnya saya merasa lebih takut apabila peserta lain meletakkan diri saya sebagai pesaing terkuat mereka. Bagaimana saya hendak tahu apakah strategi mereka untuk memecut saya dari belakang? Itu adalah cabaran sebenar yang paling sukar buat diri saya sepanjang Hero Remaja 2021 dan saya pasti, ‘permainan’ ini akan berterusan setelah menyertai industri seni selapas ini. Jika kita pernah terasa lakonan kita bagus, akan ada insan yang berlakon dengan lebih bagus daripada kita,” jelasnnya.
Apapun, konsistensi adalah kata kunci kepada kejuaraan mutlak Mierul Aiman di Hero Remaja 2021.
Tumpuan terarah kepada Mierul Aiman di pentas finale apabila dia bertindak berani dengan pemilihan lagenda dunia senia lakonan moden tempatan iaitu ‘Ibu’ Wan Maimunah sebagai pelakon pengiringnya dalam segmen lakonan pentas.
Aksi Mierul sebagai anak derhaka berjaya menarik perhatian juri tetap, Datuk Rosyam Nor dan Scha Alyahya serta para penonton di rumah apabila karakternya yang berdepan isu kesihatan mental telah berjaya disampaikan dengan sempurna pada malam tersebut.
“Sejujurnya, ia adalah antara persembahan terbaik Mierul sepanjang berpeluang untuk memainkan skrip pentas. Tambahan pula dengan tekanan perlu melakonkan bersama Ibu di hadapan juri, ia bukanlah satu perkara yang mudah.”
“Alhamdulillah, Allah SWT telah memberi peluang untuk Mierul selesa bermain di atas pentas dan diberikan sparring partner yang amat membantu iaitu the one and only, Wan Maimunah. Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pada malam itu, cuma merasakan seperti ada yang kurang dalam pembawaan watak saya. Saya percaya saya boleh lakukan yang lebih baik lagi. Apapun saya tetap bersyukur kerana masih dapat menggarap kepercayaan penonton dan pihak juri,” tambahnya.
Mierul juga dilihat bersedia dan lancar meneruskan dua lagi segmen cabaran pada acara finale tersebut iaitu menerusi segmen pengacaraan solo dengan tema filem arahan Allahyarham Mamat Khalid serta segment soal jawab yang sudah menjadi kewajiban bagi pencarian Hero Remaja.
BACA LAGI : Mierul Aiman Jawab Isu Dibandingkan Dengan Nadhir Nasar – REMAJA
Bercakap lanjut mengenai sambutan dan sokongan yang diterimanya daripada para peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai The Dreamiers (yang dipetik daripada nama Mierul sendiri), remaja yang berasal dari Putrajaya ini tidak dapat meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan mereka hingga ke garisan penamat. Pintanya hanya satu agar mereka akan terus menyokong selepas ini agar lebih banyak kejayaan dapat dikongsi bersama.
“Merekalah yang memberi tenaga untuk saya terus kuat berada dalam program Hero Remaja 2021. Jangan pernah berhenti bermimpi kerana jika korang percaya pada diri sendiri, InsyaAllah semuanya akan tercapai satu hari nanti.
“Mengenai perancangan selepas ini pula, saya akan meneruskan momentum kemenangan ini untuk terus menyusun strategi bagi mendapat tempat dalam industri seni dan memperjuangkan bakat yang saya ada.
“Saya terbuka sahaja untuk merebut peluang yang ada baik dari skop lakonan, pengacaraan dan peragaan asalkan ia kena dengan jiwa saya dan mampu mengajar saya selok-belok untuk terus berjaya mewarnai industri hiburan tanah air,” kongsinya.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source