“Anak mama lagi kaya!”- DSV terkejut, Cik B pernah belanja lebih RM1 juta dalam akaun bank
Usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Hasmiza Othman terkejut melihat perbelanjaan anak-anaknya terutama Cik B kerana pernah belanja melebihi RM 1 juta.
DSV terkejut, Cik B pernah belanja lebih RM1 juta
Menerusi hantaran video dimuat naik di platform TikTok, usahawan berusia 52 tahun itu berkongsi gelagar anak-anaknya ketika memberitahu perbelanjaan bulanan mereka selain jumlah wang dalam akaun bank simpanan peribadi.
Apa yang menariknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menunjukkan dia pernah belanja sebanyak RM1 juta lebih pada bulan Julai lalu.
Malah, Cik B juga menunjukkan perbelanjaan pada bulan November lalu sebanyak RM23,000 sehingga membuatkan DSV sendiri terkejut dengan perbelanjaan anak perempuannya.
“Cik B spend 1 juta. Aiyo. Oh spend Aiyo takut aku banyaknya beli. Apa yang dia beli sampai sejuta?”ujar DSV dalam nada terkejut.
Kacak lebih suka simpan duit
Sementara itu, adik Cik B yang dikenali Kacak pula enggan menyatakan jumlah perbelanjaan bulanan, sebaliknya memaklumkan dia lebih suka menyimpan duit.
Bukan itu sahaja, dua beradik ini juga menunjukkan baki wang yang masih ada di dalam akaun mereka selepas sakan berbelanja beberapa bulan sebelum ini.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan warganet meskipun ada yang beranggapan jumlah tersebut adalah perkara kebiasaan bagi mereka yang hidup dalam golongan berada.
Artikel lain: Cik B hadiahkan DSV kereta baru, buat ‘surprise’ untuk ibu tapi sendiri terkejut
Sumber: TikTok @datoserividaofficial
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source