Sahabat Zakat: Zakat Bukan Ibadah Khusus Untuk Golongan Berusia!
Ibadah zakat merupakan salah satu ibadah yang paling ditekankan kepentingannya dalam Islam. Sebagai salah satu daripada lima rukun Islam, jelaslah bahawa zakat merupakan kewajipan kepada umat Islam yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat dalam konteks kehidupan hari ini bukan sekadar satu cara untuk kita menghulurkan bantuan kepada ahli masyarakat lain yang memerlukan. Malah, zakat juga mengajar kita untuk menyucikan harta dan jiwa demi memperolehi keberkatan dalam apa-apa bentuk rezeki yang dikurniakan olehNya.
Zakat sekaligus mengajar kita untuk peka terhadap keperluan orang di sekeliling agar sama-sama dapat hidup dalam persekitaran majmuk lagi harmoni.
Malangnya, persepsi bahawa zakat merupakan rukun Islam yang hanya melibatkan orang dewasa yang sudah bekerjaya dan mempunyai tanggungan keluarga masih lagi berleluasa.
Selari dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, tugas menyebarluas dakwah zakat juga perlu digalas oleh semua lapisan umur kerana syarat berzakat tidak tertakluk pada umur tertentu.
Hari ini juga kita dapat lihat ramai anak muda yang bangkit maju dengan pelbagai cara dan kreativiti masing-masing dalam menjana pendapatan seperti YouTuber, freelancer, content creator, gamer dan banyak lagi. Secara tidak langsung, mereka juga perlu dikenakan zakat apabila sudah cukup nisab.
Hakikatnya, ilmu mengenai kepentingan zakat ini seharusnya diterapkan sejak peringkat sekolah dan universiti lagi. Kata orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya dan sebagai anak muda, kita sewajarnya mempersiapkan diri dengan teori dan amalan rukun Islam ini.
Lantas, sudah bertahun lamanya, Pusat Pungutan Zakat Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mewujudkan satu jaringan interaksi antara remaja dan belia Malaysia yang dinamakan Sabahat Zakat.
Untuk menjadi Sahabat Zakat, korang tidak akan dikenakan sebarang caj kerana pendaftarannya adalah percuma.
Menerusi Sahabat Zakat yang kini mempunyai ramai ahli dalam kalangan pelajar sekolah, kolej dan universiti seluruh negara, komuniti zakat ini terdedah kepada pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh PPZ-WAIWP sepanjang tahun. Korang juga tentunya tidak mahu terlepas daripada menyertainya.
Selain daripada aktiviti turun padang seperti serahan sumbangan bakul rezeki kepada asnaf, Sahabat Zakat turut disemarakkan dengan aktiviti sukan termasuklah perlawanan persahabatan boling, bola sepak, futsal, acara fun run seperti yang dianjurkan pada awal tahun ini di Kuala Lumpur dan perlawanan e-Sports.
Dengan mendaftarkan diri sebagai Sahabat Zakat juga, korang akan memperolehi cenderahati istimewa, menyertai aktiviti khas anjuran Sahabat Zakat seperti karnival dakwah bersama selebriti dan layak mendapat peluang memenangi hadiah-hadiah cabutan bertuah menarik di lokasi promosi dan lain-lain kelebihan lain.
Usah tunggu lagi! Daftarkan diri sebagai Sahabat Zakat menerusi laman web Sahabat Zakat dan dapatkan kemas kini terbaru menerusi media sosial Sahabat Zakat di Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter.
Khas sempena kempen Zakat Akhir Tahun oleh PPZ-MAIWP yang sedang berlangsung sekarang, satu-persatu berita menarik akan dikongsikan oleh pihak PPZ-MAIWP. Oleh itu, pastikan korang terus klik pada butang ‘follow’ di semua platform media sosial agar korang tidak ketinggalan serta melayari Laman Web PPZ-WAIWP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source