Tanding pemilihan Amanah, Mazlan kembali ke arena politik
PETALING JAYA: Selepas lima tahun ‘senyap’ daripada arena politik, Penasihat Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman kembali dengan bertanding merebut satu daripada 27 kerusi ahli jawatankuasa (AJK) Amanah sesi 2023 hingga 2026.
Bekas pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) itu mengumumkan beliau bersetuju menerima pencalonan pada pemilihan pada Konvensyen Nasional Amanah, Ahad ini.
Mazlan berkata misinya kali ini untuk mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya di kawasan Felda, seperti PRU14.
“Setelah ‘menyepikan diri’ dalam aktiviti politik dan fokus kepada NGO, sudah sampai masanya untuk kembali aktif dalam politik demi khidmat bakti buat agama, bangsa dan negara.
“Sebagai salah seorang pengasas Amanah, saya merasakan isu pertanian dan Felda yang saya dan rakan-rakan perjuangkan lebih 30 tahun mesti disegarkan semula,” kata bekas AJK Pusat Amanah itu.
Mazlan aktif dalam gerakan Anak yang memperjuangkan isu membabitkan kepentingan dan kebajikan peneroka Felda.
Beliau kemudian dilantik pengerusi LPP pada Okt 2018 hingga Apr 2020, selepas Pakatan Harapan (PH) menubuhkan kerajaan.
Ketika itu, Mazlan turut melepas jawatan sebagai AJK Pusat Amanah dan menumpukan kepada kegiatan NGO.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source