20 Tahun Diplomat Perancis Ni Ingat Dia Bercinta Dengan Perempuan China, Rupa Rupanya ‘Perempuan’ China Tu Sebenarnya Lelaki Dan Agen Perisik China.
Selalu kalau kita tengok filem perisik macam James Bond ke apa ke, mesti kita akan terfikir “ah benda mengarut macam ni berlaku dalam filem je”. Sekurang kurangnya itu apa yang mungkin korang fikir lah. Masalahnya, hal realiti kadang kadang lebih pelik berbanding fiksyen filem.
Contoh macam kes Shi Pei Pu, seorang perisik dari China yang ditangkap oleh pihak Perancis.
Kisahnya bermula apabila seorang diplomat kedutaan Perancis di China bernama Bernard Boursicot bertemu dengan Shi di sebuah parti Krismas. Bernard sebelum ni hanya ada kekasih lelaki sahaja, jadi kali ni dia nak ada kekasih perempuan. Semasa Bernard berjumpa dengan Shi, Shi cakap dia adalah perempuan yang dipaksa menjadi lelaki oleh ayahnya. Tak lama kemudian, mereka mula menjadi kekasih dan Bernard percaya Shi ni seorang perempuan.
Tak lama selepas itu, Bernard ditekan oleh pihak China untuk salurkan maklumat sulit Perancis kepada China. Sepanjang Bernard buat kerja salur maklumat sulit ni, dia kerap berjumpa dengan Shi dan banyak kali melakukan hubungan intim sampai satu tahap, Shi bawak kanak kanak berumur 4 tahun yang Shi cakap anak diorang berdua.
Pada tahun 1983, Bernard dan Shi ditangkap oleh pihak berkuasa Perancis, dan di sini lah tembelang Shi pecah. Masa tu baru lah Bernard tau rupa rupanya orang yang dia dah bercinta dan buat hubungan intim selama 20 tahun tu, bukan perempuan, tapi lelaki. Doktor Perancis dibawa untuk siasat Shi dan Shi tunjuk pada mereka yang dia boleh masukkan buah zakar dia ke dalam badan dia (ya Allah saya tulis ni saya yang rasa ngilu) dan zakarnya diikat celah kelengkang. Bila diorang nak buat hubungan intim, Shi akan tutup lampu. Anak yang Shi mengaku anak diorang tu pulak sebenarnya anak angkat yang dia dapat lepas dia beli dari keluarga Uyghur yang miskin.
Lepas dengar benda ni, Bernard cuba untuk bunuh diri tapi tak berjaya. Kes ni tersebar dalam kalangan orang awam dan jadi bahan jenaka satu Perancis. Kedua duanya didapati bersalah sebab mengintip dan dipenjara 6 tahun pada tahun 1986, tapi Shi dibebaskan pada tahun 1987 sebagai usaha Perancis untuk nyahdingin hubungannya dengan China. 4 bulan kemudiannya Bernard pula dibebaskan.
Beberapa bulan sebelum Shi meninggal pada tahun 2009, Shi sempat memberitahu Bernard yang dia masih sayangkan Bernard. Bernard walau bagaimanapun menganggap hubungan antara mereka sebagai kisah yang indah, tapi Bernard masih ingat segala jenis penipuan yang Shi buat terhadapnya dan sudah bebas dari bayangan Shi setelah Shi meninggal.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source