Macam Mana Wujudnya Petaling Jaya
PJ, sebuah bandar di pinggir ibu kota ni memang menjadi tumpuan ramai. Mana taknya, hari-hari jem. Tak kira la Federal Highway atau LDP sekali pun.
Tapi mana datang nama Petaling Jaya ni?
Sebagai anak jati Petaling Jaya, korang kena kenal satu pokok ni yang jadi punca nama Petaling tu datang.
Nama Petaling ni datang dari Pokok Petaling. Dulu-dulu, pokok ni memang banyak di sekitar sini. Tapi sekarang dek kerana pembangunan, pokok pun entah kemana.
Satu-satunya Pokok Petaling yang saya pernah nampak dengan biji mata saya sendiri ialah di Taman Tasik Kelana Jaya. Lain-lain tu korang cari sendiri.
Lalu, tempat yang banyak Pokok Petaling ni pun diteroka menjadi kawasan perladangan getah dan perlombongan bijih timah.
Perlombongan di kawasan Petaling ni dipelopori oleh syarikat Petaling Tin yang meliputi kawasan-kawasan seperti Sungai Way, Subang Jaya, Puchong dan tak terkecuali tempat asal saya iaitu Taman Dato’ Harun dan Taman Medan.
Perlombongan bijih timah ni memang berkembang pesat. Sampaikan pedagang-pedagang mula bina kedai-kedai dan petempatan di kuala-kuala Sungai Klang.
Perkembangan aktiviti perlombongan ni memang berikan impak yang besar kepada pertumbuhan dan pembangunan Daerah Petaling.
Setelah Perang Dunia Kedua, British tukarkan ladang getah Effingham Estate tu jadi sebuah petempatan untuk tampung kepadatan penduduk di Kuala Lumpur.
Sejak 1952, Petaling Jaya berkembang pesat di kawasan yang sekarang kita kenali sebagai “PJ Old Town.”
Sir Gerald Templer rancang untuk buat Petaling Jaya sebagai bandar satelit dan kawasan putih bagi tujuan membanteras Komunis.
Jalan terawal di Petaling Jaya ialah Jalan Templer dan Jalan Othman. Jalan Othman ni diambil sempena nama bekas Menteri Besar Selangor, Othman Mohamad.
Sikit demi sikit, Petaling Jaya mula membangun dengan syarikat Petaling Garden Berhad sebagai pembangunnya.
PJ Selatan (PJS), Seksyen 8 dan PJ Old Town menjadi petempatan terawal bagi Petaling Jaya yang muncul sekitar 1953.
Kemudian, PJ Utara (PJU) yang berada di bahagian utara Lebuhraya Persekutuan pula dibangunkan.
Atas dasar seruan Dato’ Harun Idris ketika itu, ramai pemuda-pemuda kampung berhijrah dari luar bandar datang ke Petaling Jaya.
Awalnya, Petaling Jaya ni duduk dibawah pentadbiran Kuala Lumpur.
Tapi, pada 1 Februari 1972, Kuala Lumpur yang pada mulanya merupakan ibu negeri Selangor dipisahkan dari Selangor dan membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Petaling Jaya pun mula dirombak semula petempatannya. Petempatan penduduk semakin meningkat. Mengujur pula hingga ke Subang Jaya.
Pada tahun 1997, barulah disusun semula persempadanan daerah-daerah ni.
Subang Jaya, USJ, Putra Heights dan Bandar Sunway duduk dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pula dapat Bandar Utama, Sungai Buloh, Bukit Lanjan dan Kota Damansara.
Pada 20 Jun 2006, Petaling Jaya diberi status Bandaraya dan mula ditadbir oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Petaling Jaya menjadi bandaraya ke-2 di Selangor selepas Shah Alam dan bandaraya ke-11 di Malaysia.
Inilah serba sedikit sejarah ringkas bagi Bandar Petaling Jaya.
Kenal lagi sejarah dan budaya Melayu bersama Kitab Tamadun Melayu. Dapatkan segera!
Nak ingatkan juga pada korang, sekarang ni ada Pesta Buku Antarabangsa Selangor di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam!
Anda turut berpeluang untuk beramah-mesra bersama penulis-penulis kegemaran anda. Jumpa anda di sana!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source