Hantar anak ke sekolah kerajaan, Rita Rudaini geram cikgu fitnah curi kuota B40
Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa geram apabila ada cikgu sekolah fitnah dirinya mencuri kuota B40 disebabkan dia menghantar anak ke kerajaan.
Tak memilih sekolah untuk ilmu buat anak2
Ujarnya, dia sama sekali tidak memilih tempat untuk menimba ilmu kerana tahu kita semua adalah manusia biasa tak kira miskin ataupun berharta.
Rita Rudaini geram cikgu fitnah, minta buka saja tudung
Dalam salah satu hantar IG story pelakon berusia 47 tahun itu, dia turut memerli cikgu yang melemparkan tuduhan terhadapnya dengan meminta agar individu berkenaan membuka saja tudung memandangkan mulutnya mengalahkan ‘makcik bawang’.
“Sis ni jahil, sis tak pandai agama macam cikgu. Tapi cikgu janganlah tunggang agama laju sangat. Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Nak jadi guru atau makcik bawang? Jijik. Sis cuba tahan…” ujarnya.
Rita Rudaini geram cikgu fitnah minta jawab kenapa pengetua, pegawai tinggi pun hantar anak disekolah tu
Rita Rudaini juga telah membuat hantaran dengan melemparkan semula persoalan adakah pengetua dan mereka yang berjawatan tinggi dikategorikan sebagai merampas hak golongan B40 jika turut menghantar anak ke sekolah kerajaan seperti yang dilakukan olehnya?
“You yang paksa I buka! You jual, I beli”
Ujarnya di akhir luahan tersebut, Rita sama sekali tidak mahu mengambil tahu tentang ‘politik’ dalam persekolahan namun apabila dicabar dengan melemparkan tuduhan ke atasnya, dia tidak dapat mendiamkan diri.
“…selak kain orang tapi tak sedar kain sendiri dan terkoyak rabak sampai mereput masam…
Dah parah dah ni cikgu-cigu dekat….Institusi sibuk dok jaga poket dan tengkuk masing-masing. Tapi dalamannya penuh kroni, politik KOTOR lagi JIJIK!
“Yang jadi mangsa pelajar-pelajar dan ibu bapa!
“You yang paksa I buka! You jual, I beli” tulisnya.
Artikel lain: Hadiah ‘birthday’ Rita Rudaini, anak raih keputusan hebat! – “Dapat anugerah dengan pointer tinggi”
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan luahan yang dibuat pelakon drama Kerasnya Takdir itu dan menyarankan agar dia bertemu empat mata dengan guru yang dikatakan melemparkan tuduhan sesuka hati kepadanya hanya kerana menghantar anak ke sekolah kerajaan.
Sumber: Instagram ritrud
!function(e,n,t){var o,c=e.getElementsByTagName(n)[0];e.getElementById(t)||(o=e.createElement(n),o.id=t,o.src=”https://connect.facebook.net/en_MY/sdk.js#xfbml=1&version=v18.0″,c.parentNode.insertBefore(o,c))}(document,”script”,”facebook-jssdk”);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source