Nenek Kebayan Hotel Apollo – The Patriots
Setiap pengunjung bandar Kota Tinggi pasti tertanya-tanya, apakah bangunan usang yang melambai-lambai di sebelah jambatan mahkota? Ada sebuah misteri yang ramai tidak tahu!
Kononnya, ada seorang pemuda bernama Adi dari kampung Tembioh. Adi suka tidur merata-rata kerana tidak mempunyai rumah sendiri. Pada suatu hari, Adi bermalam di dalam hotel Apollo yang terbiar. Menjelang tengah malam, Adi merasa bulu romanya meremang.
Tiba-tiba, dia perasan ada nenek kebayan dalam bangunan usang itu yang memerhatinya. Sebab Adi memang berhati kering, dia tak amik port pasal nenek kebayan tu. Tak lama kemudian, entiti misteri itu pun menghilangkan diri.
Apa kes sebenar Hotel Apollo ni?
Muhamad Zakirhussin Din, Founder of VEcamp menceritakan bahawa bangunan usang itu pernah beroperasi pada tahun 90-an. Pada zamannya, tiada hotel tiga bintang yang segah Hotel Apollo di bandar Kota Tinggi. Sebenarnya, pemilik hotel berkenaan merupakan warga Singapura. Setelah beroperasi selama setahun, berlaku pertelingkahan keluarga yang melibatkan shareholder hotel tersebut. Kesannya, Hotel Apollo ditutup dan pihak pengurusan lepas tangan.
Apa nak buat dengan bangunan tu?
Bukan sekali dua orang bercerita pasal bangunan tu. Malahan, sebelum balai polis di sebelahnya dibersihkan, pernah berlaku kes kerasukan Jin di kawasan sekitar. Ada pihak yang bercadang ingin menukarkan bangunan Hotel Apollo itu kepada hospital baru berikutan Hospital Kota Tinggi yang kekurangan katil dan selalu sesak. Namun, cadangan tinggal cadangan dan tiada langkah efektif yang diambil.
Selamat ke masuk bangunan tu?
Bangunan ini pernah dijadikan tempat penempatan sementara mangsa banjir untuk memacak khemah semasa peristiwa banjir besar tahun 2006/2007.
Kalau korang masuk tingkat 1, lantainya bersih dan tidak bersepah seperti yang disangka. Ada tangga yang boleh dinaiki sampai ke tingkat teratas untuk menyaksikan pemandangan bandar Kota Tinggi yang memukau. Akan tetapi, atas faktor keselamatan, tindakan menceroboh masuk bangunan ini sangat tidak digalakkan.
Hotel Apollo menimbulkan tanda tanya kepada setiap pengunjung yang kali pertama menjejak kaki ke sini. Ada yang menggelarnya projek ‘Gajah Putih’. Bagi warga Kampung Tembioh, ia menjadi landmark buat sesiapa yang bertanya, di mana port mancing Tembioh? Jawab sahaja, “Belok kanan selepas jumpa Hotel Apollo!”
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Nak baca lebih banyak kisah seram yang menakutkan? Baca je novel PUAKA LEMBAH PERASING. Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi. Klik: https://shp.ee/q3gk3n8
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source