Pernah Kendali Rancangan Chiki Boom, Bella Dowanna Rindu Untuk Tampil Semula Sebagai Hos
Pengumuman ‘rahsia’ pernikahan di antara pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose semalam telah menggegarkan dunia hiburan. Ribuan ucapan tahniah telah mereka berdua terima menerusi akaun media sosial masing-masing.
Tentunya selain pasangan bahagia itu, antara insan paling gembira apabila mendapat tahu berita ijab kabul tersebut ialah ahli keluarga mereka sendiri yang turut terlibat dalam acara yang terpaksa dirahsiakan demi kontrak penggambaran secara eksklusif oleh penyiar rasmi.
Bercakap kepada adik Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose, pelakon drama Terlerai Noktah itu berkata dia tidaklah terlalu terkejut apabila Uqasha dan Kamal memutuskan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.
Ini kerana persediaan daripada momen lamaran di pentas Anugerah MeleTOP Era sehingga ke majlis akad nikah sebenarnya telah memakan masa yang lama.
ARTIKEL BERKAITAN : “Yes..” Akhirnya Kamal Adli Temui Cinta, Uqasha Terima Lamaran LIVE – REMAJA
Sebagai adik; besar harapan Raysha agar segala persediaan majlis akad nikah itu tidak akan terganggu dengan perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang kerap berubah pada tahun ini.
“Kami sekeluarga okay saja apabila perlu ‘merahsiakan’ ijab kabul Kamal dan Uqasha. Cuma susah untuk kami tahan keterujaan dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang,” katanya sewaktu dihubungi oleh REMAJA.
Di majlis sidang media pengumuman tergempar semalam, Uqasha ada menyebut nama Nelydia, Raysha, Aprena dan Oktovia yang ada bersama-sama dengannya pada malam sebelum majlis akad nikah. Kata Qasha, mereka berada di biliknya untuk memastikan dia kekal tenang dan mudah tidur pada malam tersebut.
Penulis mendapatkan penjelasan daripada Raysha mengenai momen itu. Katanya, adik-beradik mereka seboleh mungkin enggan membuatkan Uqasha terlalu memikirkan hari akad nikah yang mendatang agar pelakon jelita itu tidak ‘overthinking’ dan mendapatkan waktu rehat secukupnya.
“The fact that she was getting married, kami tidak mahu pun sebut tentangnya. Kami enggan bersedih dan terlalu melayan perasaan. Malam itu sewaktu dia merasa cemas sedikit, kami menenteramkannya. Just relax and enjoy tomorrow. Kami beritahu dia bakal menjadi pengantin tercantik pada keesokan harinya,” kongsi Raysha.
“Tak Pernah Saya Menangis Macam Itu..”
Beberapa keping foto daripada majlis akad nikah Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 5 November lalu mula dikongsikan oleh ahli keluarga Senrose dan Rizrose di media sosial sejak semalam.
Tinjauan REMAJA terhadap foto (dan video) yang menampilkan Raysha memperlihatkan dirinya sering mengelap air mata sewaktu majlis dilangsungkan.
“Sejak Uqasha berjalan ke arah pelamin lagi, saya tidak tahulah mengapa saya terlalu beremosi. Mungkin kerana Uqasha amat ambil berat mengenai keluarganya mengalahkan ayah dan ibu kami. She is the anchor of our family.
“Uqashalah yang memastikan semua orang okay dan dialah insan yang paling tidak mementingkan diri yang pernah saya kenali dalam hidup. Dia akan sentiasa meletakkan ahli keluarga ke hadapan mendahului dirinya sendiri.”
“Apabila mengenangkan memori kami bersama, kesusahannya dan jasanya; saya pun mudah menjadi sebak lalu menitiskan air mata. Tidak pernah lagi saya menangis sebegitu rupa selama ini.”
“Bukan mudah untuk Uqasha mencari insan yang tepat bagi dirinya. Saya tahu dia selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa tersebut,” jelas Raysha yang cantik mengenakan gaun merah rekaan Ezuwan Ismail sewaktu majlis tersebut.
Kalau korang masih ingat, Kamal Adli merupakan hos yang bertanggungjawab mengumumkan nama Raysha selaku juara Dewi Remaja 2014/2015. Siapa sangka, tujuh tahun kemudian takdir Allah tertulis rapi dan menyaksikan Kamal bergelar abang iparnya. “Begitulah hebatnya perancangan Allah, kan.”
Buat masa ini, masih terdapat dua buah majlis yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Kedua-dua majlis itu akan menjadi sebahagian daripada siri tiga episod perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sepanjang bulan Disember ini.
Bagi pihak keluarga Uqasha, mereka kini sedang rancak melakukan persediaan bagi malam berinai dan resepsi perkahwinan. Malah, Raysha pun terlibat menjalani latihan menari untuk malam berinai tau! Tak sabarnya nak tonton.
ARTIKEL BERKAITAN : “Kak Aina Ada Mesej..” Raysha Rizrose Tiada Masalah Cover Lagu AJL35 – REMAJA
Raysha Bila Lagi?
Satu-persatu adik-beradik Senrose dan Rizrose nampaknya telah menamatkan zaman bujang. Tentulah ramai yang ingin melihat Dewi Remaja ini pula menjadi gadis seterusnya yang menemui kebahagian bersama jejaka pilihan.
Tergelak sebentar apabila diajukan pertanyaan sekiranya Raysha sudah bersedia menamatkan zaman bujang, Raysha ringkas menjawab, “Buat masa ini, (berkahwin) belum lagi menjadi keutamaan saya. Saya pun tidaklah tergesa-gesa (untuk berkahwin). Kalau ada, adalah,” simpulnya.
BACA LAGI : Selebriti Melaram Di Resepsi Nelydia Senrose, Siapa Paling Wow? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source