Siap acu pisau! Anggota tentera pukul & ugut b*nuh isteri depan jiran
Tular beberapa video sejak semalam, memaparkan seorang lelaki anggota tentera bertindak pukul dan ugut dan bunuh membunuh isteri di sebuah kuartes sebuah kem tentera dekat Sungai Udang, Melaka.
Tentera pukul isteri, ugut bunuh
Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit yang memakai pakaian seragam Tentera Darat Malaysia (TDM) dilihat pada awalnya menyuruh seorang wanita dipercayai isterinya untuk masuk ke dalam sebuah rumah.
Artikel lain: Peminat Kelantan ugut bunuh diri jika tak jadi isteri kedua Aiman Tino
Bagaimanapun, wanita berkenaan didapati enggan menuruti arahan berkenaan sambil turut didengar berulang kali menyatakan dirinya sedang mengalami kesakitan.
“Abang janganlah abang… tak nak, sakit.. sakit, abang.. sakit… tak nak, abang,”raya wanita berkenaan sebelum suaminya naik berang dan bertindak memukulnya beberapa kali.
Dalam video tular tersebut, lelaki berkenaan juga didakwa turut menggunakan senjata selain mengugut untuk membunuh isterinya di hadapan jiran tetangga mereka.
Panas hati tengok video askar pukul bini depan jiran, siap acu pis*u. Dapat info Kejadian dekat kuartes Kem Sg Udang Melaka. pic.twitter.com/wL7ZtBgX4p
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 29, 2023
Sementara itu, dalam video berasingan, dua individu dipercayai jiran dilihat berada di hadapan rumah anggota tentera dan cuba menenangkan lelaki berkenaan.
Bagaimanapun, lelaki terbabit kemudiannya dilihat bertindak lebih agresif apabila turut mengambil senjata yang dipercayai pisau dari dalam rumah, lalu menuju ke arah isterinya yang masih berada di luar.
Turut kedengaran suara anak kecil menangis di dalam video tersebut ketika melihat perbuatan agresif lelaki berkenaan.
Polis siasat tentera ugut bunuh isteri
Terkini, Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata pihaknya telah mengesan video berdurasi 32 saat itu tular sejak semalam.
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku pada 15 Disember lalu dan satu laporan polis diterima daripada seorang wanita berusia 38 tahun kerana dipukul suaminya seorang anggota tentera.
Siasatan juga mendapati suami mangsa yang berusia 25 tahun bekerja di sebuah kem di Sungai Udang dan kejadian turut berlaku di sebuah flat di kawasan berkenaan.
“Setakat ini polis sudah memanggil lelaki itu untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.
Katanya seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Sumber: X MALAYSIAVIRALLL, BH Online(Meor Riduwan Meor Ahmad)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source