Nenek Kebayan Jadi Pencegah Maksiat
Gunung Ledang memang terkenal dengan kisah mistik dan lagenda melayu. Khabar angin mengatakan ianya tempat tinggal orang bunian dan makhluk halus. Tidak kurang, ada pengalaman seram dan lucu yang diceritakan orang.
Kisahnya, ada geng hiking yang memanjat gunung ledang pada suatu hari. Kumpulan tersebut bercampur lelaki dan perempuan. Ada yang sudah mahir dengan kelengkapan yang lengkap, dan ada yang datang ala kadar. Nak dijadikan cerita, hari semakin gelap dan mereka perlu mencari tempat untuk bermalam.
Mamat (bukan nama sebenar) bawa kawan perempuannya, Sheila (bukan nama sebenar) untuk ambil pengalaman mendaki Gunung Ledang bersama-sama.
Pada waktu itu, memang dah tak sempat nak turun ke bawah. Mamat pun pacak besi, ikat tali dan sedia untuk memasang khemah. Tapi, Sheila mati kutu. Dia tidak membawa kelengkapan yang cukup untuk bermalam. Sebab taknak biarkan kawan terkontang-kanting, Mamat pun bagi Sheila untuk pakai khemah dia.
Bila berdua, datang yang ketiga. Syaitan.
Namun, belum sempat Mamat memikirkan yang bukan-bukan, dia perasan ada sesuatu yang memerhatinya dari luar. Tiba-tiba, dia melihat ada seorang nenek tua yang memerhatinya tajam. Oleh kerana takut dimarahi sebab berdua-duaan dengan bukan mahram dalam satu khemah, Mamat pun ambil sleeping beg dan tidur di luar khemah.
Apa yang menakutkan, nenek itu datang beberapa kali untuk memeriksa keadaan mereka. Mamat perasan yang nenek itu asyik datang dan jenguk dia dalam diam. Sepanjang malam, nenek itu memerhatikan Mamat sampaikan dia tak sempat terfikir untuk masuk ke khemah Sheila.
Setelah fajar terbit, Mamat mencari-cari di manakah nenek yang memerhati mereka malam tadi. Puas dia bertanya dengan rakan, tiada seorang pun yang perasan ada nenek tua malam tadi. Masa ini, barulah Mamat dan Sheila rasa meremang. Siapa nenek tua? Adakah itu yang dipanggil nenek kebayan?
Endingnya, Mamat jatuh cinta dengan Sheila malam itu. Selang beberapa bulan, mereka pun berkahwin di Singapura. Sampai ke hari ini, mereka tidak dapat memecahkan misteri siapakah nenek yang menemankan mereka di Gunung Ledang pada malam itu.
Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz
…
Nak baca lebih banyak kisah seram yang menakutkan? Baca je novel PUAKA LEMBAH PERASING. Boleh dapatkan segera sementara Jualan Akhir Tahun ini siap boleh dapat Kalendar Tamadun 2024 lagi. Klik: https://shp.ee/q3gk3n8
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source