Winged Hussar: Penyelamat Eropah Daripada Ditawan Uthmaniyah
Vienna pernah hampir ditakluk oleh Uthmaniyah yang membawa kelengkapan 150,000 tentera dengan beratus-ratus meriam.
Holy Roman Empire bakal jatuh ke tangan Uthmaniyah seperti mana Byzantine.
Satu demi satu kerajaan Kristian Eropah akan menjadi sebahagian daripada Uthmaniyah.
Empayar baru umat Islam ini sepertinya tidak dapat dihentikan lagi.
Dan untuk mempertahankan Vienna, hanya 11,000 orang tentera sahaja disitu menjadikan seorang tentera Vienna harus melawan 15 orang Uthmaniyah.
Kalau ini terjadi, barangkali seluruh Eropah akan bertukar menjadi sebuah negara Islam. Dan bukannya Kristian seperti yang kita kenal hari ini.
Tentera Kristian yang bertahan dalam kota Vienna sedang diambang kekalahan.
Strategi-strategi yang digerakkan oleh tentera Islam memang menjadi, sedang membunuh moral mereka.
Dan kemudian, Winged Hussars, sejenis tentera penunggang kuda datang dari Poland membantai ketumbukan Uthmaniyah dari belakang yang sedang mengepung Vienna.
Jannisari, meriam-meriam turki, dan tentera elit Turki yang lain tergamam dengan apa yang berlaku. Dibawah raja Poland, ada lebih 80, 000 tentera bantuan tiba dari segenap Eropah.
Winged Hussars memakai sayap di belakang mereka sebagai uniform tentera mereka. Ini memberikan gambaran yang para malaikat telah turun dari gunung-ganang yang mengapit Vienna, menyelamatkan umat Kristian daripada tentera Islam.
Bayangkan apa perasaan tentera Uthmaniyah mendengar derapan kuda dari sekeliling mereka sebelum melihat para tentera yang turun dari gunung sambil memakai sayap-sayap dibelakang mereka. Moral akan jatuh terus sebab mereka hampir menang selepas mengepung Vienna selama berbulan-bulan.
Dan Winged Hussars berjaya menyelamatkan Vienna daripada jatuh ke tangan umat Islam. Dan selepas itu, Uthmaniyah terus menjunam, menuju kejatuhannya sehingga digelar “Orang Sakit Eropah”. Tidak pernah bangkit dari kekalahan memalukan di Vienna itu.
Kalau Winged Hussars tidak datang ketika itu, nescaya Eropah yang kita kenal bukan seperti hari ini. Dan selepas itu, peristiwa ini menjadi inspirasi dalam babak-babak filem di seluruh dunia.
Misalnya dalam The Lord Of The Ring, Rider Of Rohan menyelamatkan kepungan tentera Orc yang mengepung kota manusia dari belakang, atau Knights of the Vale dalam siri Game Of Thrones menyelamatkan Jon Snow dan tenteranya yang dah dikepung dari segenap arah oleh Ramsey Bolton.
Selepas itu, orang Poland akan membangkitkan peristiwa ini, kepada bangsa Jerman. Mengenangkan pengkhianatan bangsa Jerman kepada mereka.
“Dulu, nenek moyang kami selamatkan kalian daripada tentera Islam. Dan kemudian, kalian membalas jasa kami dengan menakluk kami ketika Perang Dunia Kedua!”
Rasa nak tahu banyak lagi pasal Eropah? Dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH beserta Kalendar Tamadun 2024 kami sekarang!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source