Macam Mana Rupa Kalendar Melayu Purba?
Kalendar 2023 dah pun ditukar ganti menjadi Kalendar 2024. Tapi ini kalendar Masihi. Bagaimanapula dengan Kalendar Melayu Purba?
Eh, wujud ke Kalendar Melayu Purba?
Mungkin ramai tak tau, tapi kalendar ni berdasarkan musim penanaman padi.
Kalendar ni dikenali dengan nama Kalendar Purba Melayu Kedah Piama yang digunakan untuk menentukan musim yang sesuai untuk memulakan kerja-kerja menanam padi di Kedah dan jajahan takluknya dulu-dulu.
Nama bulan-bulan ni diberikan terus daripada urutan kedudukannya sebelum kemudiannya diselaraskan ilmu falak Arab mengikut zodiak atau rasi langit dengan buruj utama dinampakkan pada ketika ini.
Kita mulakan dengan bulan pertama iaitu Bulan Sa atau Kaus. Kaus ni bermaksud busur panah diambil dari perkataan Arab Al-Qaws memandangkan buruj pada bulan tersebut ialah Sagitarius.
Musim Tengkujuh yang berlaku dalam lingkungan masa ni turut dikenali dengan nama “Piama Hujan 44” yang tamat pada Bulan Dua.
Bulan Dua dikenali dengan nama Jadyi. Ia juga diambil daripada nama buruj di dalam Bahasa Arab iaitu Al-Jady yang merupakan buruj Kambing Duyung / Capricorn. Bulan ni berlangsung pada 23 Disember sehingga 21 Januari.
Pada akhir bulan ni, banjir akan surut dan ikan akan masuk ke bendang dan pada masa yang sama tuntung mudik ke hulu untuk bertelur.
Bulan Tiga atau “Delu” dipercayai berasal daripada perkataan “telu” yang bermaksud “tiga”. Delu diambil dari nama buruj juga dalam Bahasa Arab iaitu Al-Dalw yang merujuk kepada buruj Aquarius / Timba.
Bulan ni berlangsung pada 22 Januari sehingga 20 Februari. Ketika ni bunga macang akan kembang, angin timur mula bertiup dan padi pertengahan sudah boleh menuai dan memotong padi.
Seterusnya, Hut adalah bulan keempat dalam Piama. Namanya diambil dari Buruj Ikan atau Al-Hut dalam Bahasa Arab dan Pisces dalam Latin. Bulan ni berlangsung pada 21 Februari sehingga 21 Mac. Waktu ni lah, bunga durian akan berkembangan dan angin timur semakin keras bertiup.
Hamal ialah bulan kelima dalam Piama. Bulan ini berlangsung pada 22 Mac sehingga 21 April. Thaur pula ialah bulan keenam dalam Piama. Bulan ini berlangsung pada 22 April sehingga 22 Mei.
Jauza, bulan ketujuh dalam Piama. Bulan ini berlangsung pada 23 Mei sehingga 22 Jun. Waktu ni tapak semaian padi mula disediakan dan benih padi ringan akan mula ditabur.
Saratan pula bulan kelapan dalam Piama. Bulan ini berlangsung pada 23 Jun sehingga 23 Julai. Benih padi pertengahan atau padi berat paling sesuai untuk ditabur masa ni.
Bulan 9 atau Asad berlangsung pada 24 Julai sehingga 23 Ogos. Penanaman padi pertengahan dan padi berat sesuai dimulakan.
Sumbulah adalah bulan kesepuluh dalam Piama. Bulan ini berlangsung pada 24 Ogos sehingga 23 September.
Mizan, bulan kesebelas dalam Piama. Ia berlangsung ketika buruj Libra kelihatan pada 24 September sehingga 23 Oktober.
Bulan terakhir, Bulan Akrab yang bermaksud Kala Jengking berlangsung pada 24 Oktober sehingga 22 November bersamaan dengan Buruj Scorpio.
Ketika ni burung ruak-ruak galak berbunyi sebagai tanda sudah berakhirnya piama bendang.
Info menarik, kami pernah keluarkan kad Kalendar Melayu Purba ni pada tahun 2020.
Jadi, berapa tarikh hari ni kalau ikut Kalendar Piama ni? Cuba komen sikit.
Kejap, orang Melayu ni pelaut yang handal? Menakluk lautan sampai Madagascar? Biar betul?
Korang boleh selam lebih dalam pasal ni dalam KITAB TAMADUN MELAYU. Ayuh dapatkan segera, boleh dapat kalendar sekali ni!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source