Hadapi masalah kuman dalam darah agak tinggi, Hamdan Senario ditidurkan
Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli kini ‘ditidurkan’ di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Memetik laporan Kosmo! Online, pelawak berkenaan pada awalnya hanya mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas pulang dari makan malam.
Namun, selepas dibawa ke hospital pada keesokan harinya sekitar pukul 11 pagi, doktor memaklumkan Hamdan perlu ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darah agak tinggi.
Perkara itu dimaklumkan oleh anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah, 20, mengenai keadaan bapanya.
“Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan berlarutan sehingga hari ini sebelum kami bawanya ke hospital sekitar pukul 11 pagi.
“Tiba-tiba ayah sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan dia perlu ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darah agak tinggi.
“Kalau normal, bacaan hanya bawah 10 tetapi hasil pemeriksaan, bacaan ayah ialah 32, sangat tinggi,” katanya dalam nada sebak.
Meskipun sedih, Natasya bagaimanapun berasa sedikit lega apabila doktor memaklumkan bapanya kini dalam keadaan stabil namun masih ditidurkan.
“Kuman dalam darah tinggi, kemudian doktor maklumkan jantungnya lemah dan paru-paru juga berair.
“Setakat pukul 7 malam tadi (semalam), doktor maklumkan keadaan ayah stabil tetapi masih belum tahu lagi berapa lama perlu ditidurkan.
“Sekarang, kami sekeluarga ada dengan ayah di hospital dan akan menjaganya secara bergilir-gilir,” ujarnya.
Artikel lain: Gamit rindu peminat, Konsert Senario Reunion tetap ‘trending’ tanpa penonton
Dalam pada itu, Natasya memohon doa orang ramai mendoakan bapanya untuk sembuh daripada sebarang penyakit.
Hamdan atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, sebaliknya tidurkan bagi membolehkan dia berehat susulan jangkitan kuman dalam darah yang dialaminya.
Sementara itu, anak lelaki Hamdan, Muhammad Syazreen Haqeem, 24, pula memberitahu pada awalnya bapanya enggan ke hospital kerana memikirkan tanggungjawab terhadap persembahan bersama Senario iaitu Wonderful Night with Senariounion di Johor Bahru.
“Ayah bimbang, kalau dia ditidurkan macam mana keadaan kami nanti. Saya beritahu agar fikir akan keadaannya dan jangan risau tentang kami adik-beradik.
“Kata ayah, apabila ditidurkan ada kemungkinan jantungnya berhenti. Tetapi, kami tetap beri semangat agar dia kuat,”ujar Muhammad Syazreen.
Sumber: Kosmo! Online (Nur Emira Saizali), mStar (Ain Norman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source