Selebriti Malaysia Yang Pernah Sekolah Asrama Penuh, Confirm Bijak Ni!
Bangga weh dapat bersekolah di sekolah berprestij ni!
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah atas tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak SBP telah memberikan sepenuh perhatian kepada pelajar terpilih bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang yang diterima. Baru-baru ini, isu sekolah berasrama penuh terutamanya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) hangat diperkatakan.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Sulung Terima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua MRSM, Rita Rudaini Luah Rasa Syukur
Rupa-rupanya, dikalangan selebriti tempatan ramai juga yang dahulunya bersekolah di sekolah berasrama penuh. Sudah tentulah selebriti-selebriti ini juga merupakan seorang pelajar pintar. Jika tidak, bagaimana pula mereka boleh diterima masuk kan?
Jom kita lihat antara selebriti Malaysia yang pernah bersekolah di sekolah berasrama penuh.
Neelofa
Rasanya semua sudah tahu bahawa Neelofa memang seorang pelajar yang bijak ketika dibangku sekolah. Selebriti ini memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang melayakkannya diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi.
Neelofa juga mendapat keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan antarabangsa.
Janna Nick
Janna antara pelajar yang sering bertukar sekolah. Memulakan pendidikan di SK Marian Convent di Ipoh, Perak, sebelum ke SK Sentul. Kemudian, pelakon dan penyanyi ini berpindah ke Kedah dan bersekolah di SK Darul Aman sebelum mula bersekolah menengah di SMK Sungai Pasir, Sungai Petani.
Janna seorang pelajar yang bijak dan melayakkan dirinya diterima masuk ke MRSM Pendang. Tetapi, dia tidak menamatkan persekolahan di situ, lalu berpindah ke Sekolah Convent Bukit Nanas, seterusnya ke SMK Danau Kota dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 6A 2B.
Butterfingers
Kumpulan legenda Butterfingers yang pernah popular satu ketika dahulu juga merupakan seorang pelajar pintar. Tiga orang anggota asal kumpulan ini, Loque, Kadak dan Kalai merupakan rakan sekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Malique
Penyanyi ini pernah berada di kemuncak industri hiburan bersama Joe Flizzow dalam kumpulan Too Phat. Legenda Hip Hop ini mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang melayakkan dirinya masuk ke Sekolah Alam Shah di Cheras. Walau bagaimanapun, Malique hanya menamatkan dua tahun di sekolah itu sebelum menyambung pendidikan di MRSM Taiping.
Kumpulan Saujana
Jika korang masih ingat lagi dengan kumpulan nasyid Saujana, kesemua anggota asal kumpulan ini adalah merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang atau SMAPK. Kumpulan ini ditubuhkan hasil inisiatif beberapa orang tenaga pengajar yang mahu melahirkan generasi kumpulan nasyid pelapis di SMAPK di bawah label ‘All For Ummah’.
Walaupun menceburkan diri dalam dunia hiburan, tetapi sebenarnya kebanyakan daripada selebriti di Malaysia ini mempunyai latar akademik yang baik. Siapa kata nak jadi artis tak perlu pandai kan?
Baru-baru ini, rakyat Malaysia mengkritik golongan kaya yang menghantar anak ke sekolah berasrama penuh dan mendakwa mereka telah mengambil hak anak-anak orang miskin yang mahu mengubah hidup mereka.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source