2024 atau 2023A? Kenapa Orang Cina Takut Nombor 4?
Haritu, saya ada ternampak berita di mana ada kalendar tahun 2024 diletakkan tahun 2023A.
Fenomena ni kita dah selalu nampak di Malaysia. Lagi-lagi bila naik lif ternampak tingkat 3A.
Kenapa susah sangat nak tulis 4?
Ia sebenarnya berkaitan dengan Tetraphobia. Fobia ni special hanya untuk orang yang takut dengan nombor 4.
Budaya Asia khususnya di Asia Timur seperti China, Jepun, Hong Kong dan Korea tak ketinggalan untuk ada fobia ni dalam masyarakat diorang.
Fobia ni asalnya disebabkan oleh budaya masyarakat Cina yang mengaitkan nombor dengan tuah atau malang mengikut sebutan nombor-nombor tu.
Nombor 4 dalam bahasa Mandarin ialah 四 (“si”) yang sebutannya mirip dengan ‘mati” iaitu 死 (“si”).
Sebutan sama turut digunakan oleh negara lain yang ada sejarah linguistik dengan Cina seperti Korea dan Jepun. Malah sejarah dan kebudayaan diorang pun sering berkait dengan China.
Sebab itulah diorang seboleh-bolehnya nak elakkan nombor 4 yang sama bunyi dengan ‘mati” dan “penderitaan’ supaya sentiasa dijauhkan dalam kehidupan seharian.
Kalau dekat Hong Kong sana, masyarakat diorang cuba elak terutama bila musim perayaan atau bila ada ahli keluarga yang sakit.
Diorang takkan bagi hadiah dalam empat bilangan. Selain tu, nombor telefon, alamat dan nombor plat kereta pun nak dielakkan daripada ada nombor 4.
Bahkan kes lif takde tingkat 4 pun ada di Hong Kong. Malah dengan takde tingkat 4 ni pun akan jadi harga pasaran rumah tu naik dan boleh buat untung.
Jadi, selamat menyambut tahun baharu 2023A! Jangan lupa juga azam yang korang buat masa 2013A dulu.
Menarik tak budaya Cina? Korang nak tahu mitologi-mitologi Cina yang lain? Dapatkan KITAB TAMADUN CINA cepat sekali dengan Kalendar Tamadun 2024! Rugi kalau habis!
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source